Ahli Parlimen Keluar PKR, Sokong PN

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat @ Jugah anak Muyang yang mewakili PKR sebelum ini mengumumkan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, keputusan itu dibuat kerana kesal dengan permasalahan dalaman parti-parti dalam

(PH) dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang meletak jawatan sehingga tumbangnya kerajaan pimpinan gabungan parti itu.

“Saya berikrar menyokong penuh kerajaan PN yang diketuai Muhyiddin (Yassin) dan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai Abang Abdul Rahman Zohari demi kesejahteraan rakyat di Lubok Antu.

“Dengan ini saya mengumumkan untuk keluar dari PKR dan kekal menjadi ahli parlimen bebas yang menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional dan kerajaan GPS di Sarawak,” katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Laporan lanjut menyusul.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat