Lebih 393,000 Korban Wabak Covid-19 Di Seluruh Dunia

- Advertisement -

Angka korban akibat COVID-19 terus mencatatkan peningkatan.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia mencatatkan kenaikan 5,000 kes dalam tempoh 24 jam sehingga pagi ini.

Ini menjadikan kumulatif kematian melepasi 393,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) mempunyai angka kematian tertinggi dengan 108,000 kes.

Brazil kini menyertai United Kingdom dan Itali apabila mempunyai angka korban COVID-19 melebihi 34,000.

Manakala Perancis dan Sepanyol mempunyai jumlah korban lebih 20,000 dengan masing-masing mencatat 29,000 dan 27,000 kes.

Negara lain masih merekodkan angka korban akibat virus itu di bawah 11,000 kes.

Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif bagi kes pesakit yang telah sembuh.

Hampir 3 juta juta pesakit sembuh di seluruh dunia dan dibenarkan discaj.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat