Bawang mahal ganti dengan kas-kas, cadang Mahfuz Omar

- Advertisement -

ALOR SETAR: Rakyat disaran menggunakan serbuk kas-kas atau biji popi dalam masakan terutama pada Hari Raya Aidilfitri ini bagi menggantikan bawang merah yang mengalami kenaikan harga ketika ini.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar berkata, pada masa ini sukar untuk mendapatkan bawang pada harga murah, justeru rakyat mempunyai alternatif untuk mengurangkan penggunaannya.

“Ia adalah keperluan asas untuk menyambut hari raya, macam saya sebut tadi kita sekarang ini tidak berupaya nak cari yang harga murah sebab bawang memang mahal.

“Jadi, kurangkanlah penggunaan bawang dan saya nasihatkan kepada kaum wanita yang masak supaya kurangkan penggunaan bawang dan tambah serbuk kas-kas dalam makanan yang pasti akan menjadikannya lazat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir Jualan Agro Madani Mega Raya anjuran LPP di Dataran Jalan Istana Lama, di sini hari ini.

Menurut Mahfuz, rakyat perlu mencari kaedah lain berikutan kenaikan harga bawang itu dengan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam melazatkan masakan.

“Kita cari kaedah mengurangkan bawang iaitu ambil sedikit serbuk kas-kas tetapi tak boleh banyak kerana ada doktor nasihat (penggunaan) tak boleh banyak.

“Selain itu, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri juga tidak mengharamkan (kas-kas) walaupun ia daripada pokok bunga popi. Guna pada kadar sedikit tapi cukup melazatkan, memang sedap kerana kalau pergi kedai mamak pun memang guna kas-kas,” jelasnya.

Sementara itu, katanya, pihaknya sedang berusaha untuk meluaskan tanaman bawang termasuk di utara Semenanjung bagi memenuhi keperluan 30 peratus daripada permintaan tempatan apabila tanaman itu mengeluarkan hasil mulai 2026.

“Penanaman bawang ini dilakukan untuk mendapatkan benih sebelum ia akan diagihkan kepada setiap negeri untuk penanaman,” tambahnya.

Krisis bekalan bawang pada 2020 akibat bencana banjir besar di India menyebabkan kenaikan harga bawang di pasaran sebanyak lebih 30 peratus iaitu daripada RM6 kepada RM8 sekilogram.

-UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat