Lelaki rosakkan patung berhala ditangkap

- Advertisement -

CYBERJAYA : Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes merosakkan patung berhala di sebuah tokong di Kampung Koh, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu pada jam 1.30 petang.

Beliau berkata, pengadu berusia 56 tahun bertindak membuat laporan selepas menerima rakaman video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki merosakkan peralatan tokong.

“Pihak polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung berjaya mengesan dan bertindak menahan seorang lelaki berusia 35 tahun di Taiping, pada jam 9.30 malam tadi.

“Polis turut merampas satu telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk merakam video terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Katanya lagi, kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut.

“Pihak polis juga menasihatkan orang ramai tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum) sehingga melanggar undang-undang dan mencabar perlembagaan sekali gus boleh menjejaskan keselamatan negara.

“Selain itu juga, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 41 saat di aplikasi X memaparkan seorang lelaki merakam perlakuan dirinya merosakkan satu patung berhala di tokong dengan menggunakan kaki.

Buletin TV3

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat