Selesa dengan ‘Alpha’

- Advertisement -

SELAMA lebih 15 tahun melalui onak dan liku sebagai penyanyi dan penulis lirik lagu, nama Zee Avi bukan asing dalam dunia nyanyian sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Masakan tidak, tona khas suaranya turut mendapat tempat di hati pendengar muzik di Amerika Syarikat dan merangkul beberapa pengiktirafan di negara itu.

Anak kelahiran Sarawak dengan nama sebenar Izyan Alirahman ini memulakan kerjaya seni dengan album sulung Zee Avi pada 19 Mei 2009 bersama Brushfire Records dan Monotone Records yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Cinta pada muzik sudah lama sebati dalam diri penyanyi kecil molek ini dan selepas lebih satu dekad berkecimpung dalam bidang muzik, Zee sedar bahawa kemampuan pendengarannya semakin berkurang.

Zee yang lebih banyak meluangkan masa dalam studio rakaman serta aktiviti konsert dan jelajah yang silih berganti mendedahkan dia kepada bunyi pembesar suara yang kuat secara berterusan.

Ini tidak dinafikan menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada terjejasnya pendengaran seseorang.

Pada mulanya, Zee memberitahu bahawa stigma yang wujud dalam masyarakat berkenaan masalah pendengaran menyebabkan dia gusar dan tidak berani untuk mendapatkan bantuan daripada pakar.

Namun, selepas beberapa tahun, dia mula menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi. Secara tidak langsung, produktiviti dirinya sebagai penyanyi dan pemuzik turut terjejas.

Sokongan moral terutama daripada ahli keluarga dan suami, Zee nekad untuk mendapatkan bantuan daripada audiologis di Global Hearing Care Centre, Wangsa Maju. Bermula dengan sesi ujian pendengaran dan konsultasi, Zee akhirnya bersetuju untuk menggunakan alat bantuan pendengaran.

“Selepas mencuba beberapa jenis alat bantuan pendengaran, saya akhirnya selesa dengan ‘Alpha’ iaitu model alat bantuan pendengaran baharu daripada jenama terkemuka dari Switzerland, Bernafon.

“Bernafon Alpha adalah alat bantu pendengaran pertama dengan Hybrid TechnologyTM iaitu penyatuan dua teknologi cemerlang untuk memberikan kualiti bunyi terbaik dalam persekitaran pendengaran yang berbeza. Alpha bukan sahaja membantu meningkatkan kualiti gaya hidup sosial, malah ia diprogram khusus untuk bunyi muzik, memudahkan pemuzik seperti saya.

“Apa yang menarik mengenai alat ini, ia juga dilengkapi dengan fungsi ‘wireless’ di mana saya mudah untuk menjawab panggilan telefon, mendengar muzik dan menonton TV. Saya juga boleh menjadi ‘spy’ kerana pendengaran saya kini boleh menembusi selang dua meja dari tempat duduk saya di restoran,” katanya.

Pendedahan Zee sebagai individu yang mempunyai masalah pendengaran bukan untuk menunjukkan sisi lemah dirinya sebagai pemuzik, namun sebagai ‘wakeup call’ kepada rakan artis dan masyarakat umum mengenai kesihatan pendengaran dan pentingnya untuk memelihara pendengaran untuk melengkapkan gaya hidup seharian.

Sempena Hari Pendengaran Sedunia yang jatuh pada tanggal 3 Mac setiap tahun, Zee terpanggil untuk berkongsi perkara ini kepada umum pada bulan ini. Zee menyeru kepada individu yang mempunyai masalah pendengaran supaya mendapatkan bantuan daripada audiologis bertauliah.

“Buat pemeriksaan lanjut dan cuba sendiri teknologi terkini alat bantuan pendengaran untuk meningkatkan kualiti sosial bukan untuk diri sendiri sahaja, malah untuk kesenangan ahli keluarga juga,” katanya.

Global Hearing Care Centre (GHCC) adalah klinik audiologi yang mempunyai enam cawangan di Semenanjung dan menawarkan perkhidmatan alat bantu pendengaran, ujian pendengaran bagi bayi dan dewasa serta konsultasi masalah pendengaran.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat