Mengembalikan ‘feel’ konsert

- Advertisement -

MALAYSIA sudah memasuki fasa peralihan ke endemik pada 1 April lalu, dengan menyaksikan banyak sekatan dilonggarkan dan pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti biasa, namun masih mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Bagi meraikan fasa peralihan itu, Hot FM menganjurkan persembahan tertutup bersama pendengar bertuah untuk meraikan peralihan ke endemik itu. Hot FM Peralihan ke Endemik Showcase yang diadakan pada 1 April lalu, bermula jam 8.45 malam di The Paddock, PJ dihadiri 200 pendengar bertuah yang memenangi akses ke acara berkenaan melalui peraduan yang dibuat menerusi laman web Hot FM bermula pada 23 Mac lalu.

Hot FM Peralihan ke Endemik Showcase turut dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada barisan artis tempatan antaranya Bunkface, 6ixth Sense, Marsha Milan, Ara Johari, Insomniacks, Wani Kayrie, Amsyar Lee & Bunga dan Juki.

Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura, berkata, penganjuran acara itu bagi mengembalikan ‘feel’ konsert selepas dua tahun tidak dapat berbuat sedemikian.

“Apa yang paling penting persembahan ini dilakukan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk pendengar bertuah perlu melakukan kit ujian kendiri Covid-19 di lokasi sebelum dibenarkan memasuki ruang persembahan. Kami juga mengadakan acara ini secara tertutup yang hanya eksklusif kepada pendengar yang dijemput khas,” katanya.

Selain daripada Hot FM Peralihan ke Endemik Showcase yang meraikan fasa peralihan itu, Hot FM juga menyajikan pelbagai segmen dan pengisian menarik sepanjang Ramadan ini.

 

MARSHA
MARSHA

 

Antaranya, Hot FM dengan kerjasama Lotus’s Malaysia akan menganjurkan kempen Hot FM 30 Ramadan dibawakan oleh Lotus’s Malaysia. Membawakan mesej ‘sebagai jiran yang prihatin, kami didorong oleh semangat #KitakanJiran kami untuk berkongsi keceriaan bersama’, Hot FM dan Lotus’s mengedarkan pelbagai barangan Lotus’s kepada mereka yang memerlukan sepanjang Ramadan ini.

Antara lokasi yang disinggahi kru Hot FM 30 Ramadan adalah sekitar Lembah Klang, Seremban, Melaka, Johor, Kedah dan Pulau Pinang. Sesi pemberian barangan ini dibuat setiap hari bermula pada jam 3 petang di kawasan LRT dan kawasan tumpuan orang ramai dan diteruskan pada jam 5 petang di kawasan bazar terpilih. Berbeza sedikit pada Jumaat kerana mereka juga akan berikan barangan itu di masjid terpilih.

 

ARA
ARA

 

Jadual lokasi Hot FM 30 Ramadan dikongsi menerusi media sosial Hot FM dan orang ramai yang ingin dapatkan pelbagai barangan Lotus’s boleh menantikan kedatangan kru Hot FM 30 Ramadan dan penyampai Hot FM di sana.

Selain itu, pengisian Ramadan lain yang dianjurkan adalah Booster Ramadan di mana tiga stesen Melayu Media Prima Audio iaitu Hot FM, Buletin FM dan Molek FM bergabung melakukan sesi Tadabbur Al-Quran bersama Ustaz Rozie Rejab.

 

BUNGA dan Amsyar Lee.
BUNGA dan Amsyar Lee.

 

Program ini boleh ditonton menerusi FB Live ketiga-tiga stesen dan didengar melalui aplikasi Audio+ setiap Khamis bermula jam 1 tengah hari. Program ini bermula pada 31 Mac lalu dan menemui penonton dan pendengar sekali lagi pada 7, 14 dan 21 April ini.

 

BUNKFACE

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat