Honor perkemas barisan peranti baharu

- Advertisement -

Pengeluar peranti pintar terkemuka, Honor menepati jangkaan apabila memperkenalkan tiga siri peranti baharu iaitu daripada siri Honor X9, X8 dan X7.

Pelancarannya yang dilakukan pada hujung Mac lalu menepati pilihan pengguna hari ini yang mahukan peranti berkuasa tinggi dengan tanda harga mampu milik.

Honor turut melancarkan empat variasi telefon pintar baharu mereka iaitu Honor X9 bersama versi 5G, X8 serta  X7 serta laptop Honor MagicBook 16.

Bagi siri Honor X9, peranti berkenaan dikuasakan dengan Snapdragon 695 bersama padanan 8GB memori (RAM).

Untuk memberikan nilai tambah kepada peranti, Honor menggunakan skrin berkeluasan 6.81 inci dengan resolusi Definisi Penuh Dipertingkatkan (FHD+) dengan kadar segar semula 120Hz.

Storan dalaman untuk Honor X9 pula adalah 4,800mAh serta menyokong pengecasan pantas 66W sekali gus membolehkan pengguna melakukan optimasi peranti tanpa sebarang masalah.

Peranti ini juga didatangkan dengan sistem kuad kamera terdiri daripada sensor 48 megapiksel (MP) lensa utama bersama-sama padanan dua lensa masing-masing 2MP.

Kamera ini juga menyokong rakaman video mencapai 1080P dan kebolehan zum digital maksimum sehingga lapan kali.

Siri Honor X8 dan X7 pula menggunakan cip pemproses yang sama daripada generasi Snapdragon 680 dengan harga di bawah RM1,000 sekali gus menjadikan ia peranti mesra pengguna.

Pada masa sama, Honor turut mengumumkan pelancaran MagicBook 16 dengan cip pemproses AMD daripada Siri Ryzen 7 5800H bersama-sama padanan kad grafik daripada generasi Radeon.

Spesifikasi MagicBook 16 berkenaan menggunakan paparan bersaiz 16.1 inci dengan teknologi IPS resolusi 1920 x 1080 dengan kadar segar semula 144Hz.

Tanda harga bagi telefon pintar Honor X9 adalah RM1,099 (bagi versi 5G adalah RM1,299), Honor X8 pada harga RM899, Honor X7 (RM699) manakala untuk MagicBook 16 adalah RM4,299.

Tempoh Pra-tempahan kini dibuka dengan lanjutan tempoh jaminan satu tahun dan perlindungan skrin retak selama enam bulan bagi pembelian dibuat ketika  tempoh ini dan pelanggan boleh menebus lanjutan tempoh jaminan satu tahun sebelum hujung Jun.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat