“Muatnaik Gambar Di FB, Bangga Dapat Curi Barangan Hospital”

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Disaat bekalan kelengkapan untuk melawan penyebaran wabak Covid-19 sedang berkurangan, masih ada insan yang berakal pendek mahu mengambil kesempatan.

Melalui perkongsian di laman Facebook, seorang wanita dikatakan ‘mengambil’ kelengkapan petugas barisan hadapan seperti topeng muka, sarung tangan, cecair pembasmi kuman dan sebagainya.

“Alhamdulillah sempat ambil barang-barang ni dekat (hospital) Serdang (antaranya) mask, glove, sanitiser (dan lain-lain) jimat banyak dah dekat sini tak payah susah nak beli.

“Tak sangka, tak percaya jalan boleh clear sampai macam ini, selalu kalau lalu mesti banyak kereta. Sekatan hanya di SKVE Teluk je, Tq abam-abam polis, askar, TUDM bagi saya laluan,” tulis wanita tersebut sambil memuatnaik kelengkapan barangan yang diambilnya.

Berdasarkan perbualan di ruangan komen, wanita yang dikenali sebagai Zahlelawati Niene itu mendakwa, mendapat barangan tersebut daripada abangnya yang bekerja sebagai kakitangan hospital.

“Hahaha, mask dah habis kak, abang Ninie banyak stok, orang kerja hospital. Daripada beli mahal-mahal nak buat apa, rugi je. Pakai buang pulak tu, baik beli tudung mahal-mahal, tapi sampai bertahun tahannya.

“Hahahaha, RM60 boleh dapat tudung Ariani gitu,” komen wanita itu dengan bangga ketika menjawab pertanyaan dari kenalannya.

Tinjauan SuaraTV bagaimanapun mendapati status tersebut telah dihapuskan tidak lama kemudian.

Kerajaan sebelum ini terpaksa memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM160 juta, kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk disalurkan kepada 26 hospital di negara ini, bagi menangani gelombang kedua wabak COVID-19. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat