Hadi Politik Longkang, AMANAH Seru Ahli & Pimpinan PAS Tinggalkan Parti

Harga Petrol RON95, RON97 Naik 5 Sen, Diesel Naik 3 Sen

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik lima sen seliter manakala harga diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh...

PKP Di Kelantan dan Tiga Daerah Di Sarawak Bermula Sabtu

KUALA LUMPUR - Seluruh negeri Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai esok hingga 26 Jan, manakala di Sarawak PKP dilaksana di daerah Sibu,...

Hospital Swasta Setuju Kerjasama Dengan KMM Rawat Pesakit Covid-19

PUTRAJAYA - Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) dan pemegang lesen hospital swasta secara dasarnya bersetuju untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KMM) untuk merawat pesakit...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

3,211 Kes Baru Covid-19, Lapan Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan sebanyak 3,211 kes jangkitan COVID-19 baharu dengan lapan kematian pada Jumaat, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor...

Kuala Lumpur – Parti Amanah Negara, (AMANAH) menyeru kepada ahli PAS supaya meninggalkan parti itu beramai-ramai.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Pengarah Komunikasi parti itu, Khalid Abd Samad berkata, PAS kini jauh terpesong dari perjuangan Islamnya.

Malah, parti itu kini merupakan parti Machievelli  yang mengganggap matlamat menghalalkan cara, termasuk menipu, memfitnah, adu-domba, perkauman dan merompak harta rakyat.

“AMANAH menyeru rakyat Malaysia untuk menolak corak politik fitnah, permusuhan dan adu domba yang tidak berakhlak ini.

“Sikap dan kelakuan Abdul Hadi boleh dinamakan ‘gutter politics’ atau politik longkang tidak lagi layak dilayani apatah lagi diikuti,” katanya.

Khalid yang juga merupakan bekas Menteri Wilayah itu turut menyatakan kekesalan AMANAH, berkenaan dengan kandungan surat yang tular di media sosial baru-baru ini yang didakwanya penuh dengan dakwaan dan tohmahan tidak berasas, palsu, mengelirukan dan berunsur fitnah.

Surat bertarikh 22 Mac 2020 itu, yang menggunakan kepala surat PAS dan ditandatangani oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
dipercayai ditujukan kepada para pemimpinin gerakan Islam diseluruh dunia khususnya di negara-negara Arab.

“Jelas di dalam surat tersebut Abdul Hadi cuba memberikan gambaran yang salah tentang kedudukan dan suasana politik di Malaysia.

“Difahamkan bahawa penjelasan Abdul Hadi yang mengelirukan ini dibuat selepas terdapat dalam kalangan para pemimpin gerakan Islam seluruh dunia yang mempersoalkan kewajaran tindakan dan sikap politik PAS akhir-akhir ini.

“Abdul Hadi juga secara tidak bertanggungjawab dengan sengaja melabel parti komponen Pakatan Harapan dengan istilah yang buruk supaya dilihat menyeleweng dan memusuhi Islam.

“Abdul Hadi turut mendakwa kononnya Pakatan Harapan telah dikuasai golongan bukan Islam, berada di bawah pengaruh Komunis dan Kristian serta disokong oleh Amerika Syarikat, Eropah, Singapura, Zionis dan gerakan Freemason.

“Selain itu, Abdul Hadi telah menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai seorang ‘sekular pragmatik yang berbahaya’ dan buruk karakter peribadi dan akhlaknya.

“Anwar juga difitnah sebagai pemimpin kepada golongan yang memusuhi Islam dan beliau disokong oleh DAP yang digambarkan sebagai parti Kristian,” Kata Khalid.

Tambah Khalid, hakikat sebenar ialah kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini berdiri teguh bersama kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tegas mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Kerajaan Pakatan Harapan turut meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam sebagai agenda penting kerajaan, tambahnya. – SuaraTV

 

2 COMMENTS

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Ahmad Jazlan Umum Tarik Sokongan, Kerajaan PN Bakal Jatuh?

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, mengumumkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri...

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Berita Berkaitan

Harga Petrol RON95, RON97 Naik 5 Sen, Diesel Naik 3 Sen

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik lima sen seliter manakala harga diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh...

PKP Di Kelantan dan Tiga Daerah Di Sarawak Bermula Sabtu

KUALA LUMPUR - Seluruh negeri Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai esok hingga 26 Jan, manakala di Sarawak PKP dilaksana di daerah Sibu,...

Hospital Swasta Setuju Kerjasama Dengan KMM Rawat Pesakit Covid-19

PUTRAJAYA - Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) dan pemegang lesen hospital swasta secara dasarnya bersetuju untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KMM) untuk merawat pesakit...