KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mencadangkan kerajaan agar mengambil langkah pencegahan awal dengan membebaskan banduan penjara bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Menurut Kit Siang, langkah itu selari dengan pendekatan yang diambil oleh beberapa negara lain seperti Britain, India dan Indonesia.
“Kerajaan Malaysia sepatutnya melakukan perkara yang sama bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 ekoran kesesakan banduan di penjara dengan memberikan pembebasan awal.
- Tiada Kes Positif Covid-19 Dikalangan Banduan Dalam Penjara – Jabatan Penjara
- COVID-19: Sanitasi Lokap Dibuat Setiap Hari – KPN
- Rakyat Gembira Pakej Ekonomi, Tapi Kit Siang, Anwar dan Khalid Samad Pula ‘Panas’
- Bebas Tuduhan LTTE, Adun Berterima Kasih Kepada AG & Lim Kit Siang
- Kit Siang Sila Cermin Diri Sebelum Bercakap Mengenai Rukun Negara – Dr Najmil
“Terutamanya kepada pesalah yang sudah tua, banduan yang akan dibebaskan dalam sebulan, banduan yang didakwa atas jenayah kecil dan bukan atas kesalahan kekerasan, pesalah yang mempunyai faktor kesihatan dan berisiko untuk dijangkiti virus Covid-19 serta penjenayah yang tidak terlibat dengan kesalahan keganasan,” katanya, memetik kenyataan media yang dikeluarkan melalui laman blog beliau sebentar tadi.
Melalui kenyataan yang sama, Kit Siang turut memberikan perincian data berhubung pendekatan yang di ambil oleh negara-negara tersebut.
Kit Siang berkata demikian sebagai maklumbalas terhadap surat Ketua Pengarah Penjara, Zulkifli Omar kepada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Media sebelum ini melaporkan gesaan Zulkifli agar mahkamah tidak lagi menghantar individu yang didapati bersalah melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) ke penjara.
Katanya, amalan jarak sosial tidak dapat dikuatkuasakan dan ini boleh memberi ancaman kepada banduan sedia ada dan kakitangan penjara. – SuaraTV
- Bayaran Dipercepatkan, Fasa 1 Bantuan Prihatin Nasional Bermula Isnin Ini
- Waris Mangsa Covid-19 Di Indonesia Mengamuk Mahu Kebumikan Sendiri Jenazah
- PAN Wujud Kerana Lompat Parti, Langgar Baiah Kata Mufti Perlis
- Najib Saran Projek Infrastruktur Dipercepatkan Elak Pelaburan Tempatan Negatif
- Enggan Pakai Topeng, Warga Emas Ditembak
- Maki Pihak Berkuasa: Satu Bagi Peluang, Bimbang Beribu Lagi Datang
- Zahid Seru Peniaga Jangan Ambil Kesempatan Naik Harga
- Ahli Majlis Main Badminton Ketika PKP Sudah Ditahan