ADUN Bersatu Selangor isytihar alih sokongan kepada kerajaan negeri?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang ADUN pembangkang di Selangor didakwa akan beralih arah menyatakan sokongan kepada kepimpinan Kerajaan Negeri.

Portal MalaysiaGazette memetik sumber mendakwa, tindakan ADUN pembangkang Selangor itu sama seperti yang dilakukan enam ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita sedang bercakap bukan seorang ADUN, mungkin ada beberapa wakil lagi yang datangnya dari parti Bersatu dan juga bekas Umno yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya lepas.

“Situasi ini agak sama, masing-masing mahu menyokong kerajaan negeri dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari kerana mahu memastikan isu pengundi mereka terbela serta segala janji kepada rakyat tertunai. Bergelar pembangkang bukan senang, rakyat pula susah untuk lima tahun akan datang.

“Mereka ini bukanlah tergolong dalam kalangan yang mahu lompat parti dan sebagainya, mereka tetap setia dengan parti masing-masing namun pada masa sama demi kelangsungan pengundi selain kesejahteraan negeri Selangor, tindakan sokongan itu di isytihar secara terbuka,” lapor portal itu pada Rabu.

Difahamkan tindakan ADUN ini juga berkait dengan isu dalaman Perikatan Nasional (PN) Selangor yang diterajui oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sumber memaklumkan, segelintir wakil rakyat pembangkang tidak gembira kerana terdapat kem-kem tertentu selain sikap acuh tidak acuh serta terdapat agenda peribadi sehingga objektif utama wakil rakyat terbantut.

Sementara itu, seorang wakil rakyat pembangkang yang enggan dikenali berkata, tindakan mengisytihar sokongan kepada Perdana Menteri berlaku kerana tidak ada persefahaman antara ketua dan pimpinan dibawahnya.

“Sukar hendak gerak, akhirnya kita kena fikir juga bagaimana untuk bela nasib pengundi, nasib rakyat. Tidak boleh asyik berpolitiking dan bantah semuanya, ini bukan soal peruntukan sahaja tetapi keseluruhan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat