Bolt akan masuk Malaysia saingi Grab

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bolt dari Eropah dijangka akan memasuki pasaran tempatan dan bakal menyaingi perkhidmatan Grab.

Amanz melaporkan, ketika ini terdapat beberapa khidmat seru-pandu di Malaysia, tetapi tiada yang benar-benar memberikan saingan sengit kepada Grab.

Bagaimanapun, perkara berkenaan dijangka akan berubah tidak lama lagi, apabila Bolt sedang meninjau untuk memasuki pasaran tempatan.

Melalui perkembangan terbaru, pihak Bolt telah pun mula melakukan pencarian pekerja untuk mengetuai operasi Bolt di Malaysia.

Bagi yang tidak mengenali Bolt, ia merupakan khidmat seru-pandu dari Eropah, di mana selain khidmat tempahan mengangkutan ke destinasi, ia turut menyediakan khidmat untuk tempahan makanan dan barangan runcit melalui Bolt Food, selain khidmat sewa kenderaan.

Pada hari ini, Bolt beroperasi di lebih 500 bandar, dan dikatakan mempunyai lebih 150 juta pelanggan di seluruh dunia.

Perkhidmatan Bolt juga turut tersedia di negara jiran, Thailand.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan pengenalan perkhidmatan Bolt di Malaysia.

Sekiranya anda berminat, boleh memohon jawatan menjadi ketua Bolt di Malaysia melalui laman rasmi Bolt.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat