Najib adalah ‘showrunner” 1MDB – Bekas CEO 1MDB

543 pekerja Poh Huat positif Covid-19

KUALA LUMPUR - Seramai 543 pekerja syarikat pengeluar perabot Poh Huat Furniture Industries Sdn Bhd (PHFI) dilaporkan positif Covid-19. Susulan itu Poh Huat Furniture akan...

Sengaja Gelapkan Warna Kulit Watak Utama, Video Muzik Penyanyi Malaysia Dikritik Hingga Peringkat Dunia

Sebelum ini, iklan Watson pernah dilanda kontroversi apabila mengetengahkan watak ‘Dayang Senandung’ dalam iklannya. Terbaharu, video muzik oleh penyanyi Malaysia ini pula mencetuskan kontroversi...

Dari Rock Ke Nasyid, Netizen Terhibur Dengan Lagu PKP 2.0 Oleh AG Coco

Jika tahun lalu ada lagu remix ‘Ke Sana Ke Sini’ yang menjad hiburan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun 2021 secara tiba-tiba komposer serta...

Tiada sebarang pembikinan siri Harry Potter

Syarikat produksi terkenal Warner Bros menafikan berita mereka sedang menyiapkan siri Harry Potter untuk disiarkan menerusi penstriman HBO Max. Warner Bros dan HBO Max dalam...

Jisoo BLACKPINK suka bahunya ditepuk-tepuk

Jakarta: Anggota BLACKPINK, Jisoo mengakui saat paling manis ketika bersama anggota lain adalah sewaktu bahunya ditepuk-tepuk terutama, ketika dia bersedih. Baginya, tepukan hangat dibahu itu...

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pemegang saham sebenar 1MDB adalah kerajaan manakala semua pengurusannya adalah di bawah kuasa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohd Hazem Abd Rahman, 47, berkata walaupun Ahli Lembaga Pengarah 1MDB mempunyai kuasa untuk membuat pertimbangan dan keputusan, namun semua urusannya akan ditentukan oleh Najib kerana beliau memegang kuasa veto.

Mohd Hazem berkata demikian semasa merujuk Artikel 117 Memorandum dan Artikel Pertubuhan (M&A) 1MDB, ketika disoal oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan Najib di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Artikel 117, antara lain menyebut bahawa segala hal penting termasuk pemecatan pengarah, jawatankuasa kewangan dan perubahan dalam pasukan pengurusan, semuanya memerlukan persetujuan perdana menteri.

Peguam menyoal saksi pendakwaan ke-10 itu, sama ada beliau pernah mendapati Najib telah ‘menggunakan’ Artikel 117? dan saksi bertanyakan: “Apa yang dimaksudkan ‘menggunakan”?.

Muhammad Shafee: Seperti halnya, beliau mengguna pakai perkara dalam Artikel 117 untuk ‘menggunakan’ kuasanya.

Mohd Hazem: Tidak.

Muhammad Shafee: Anda boleh mengatakan dengan pasti bahawa Datuk Seri Najib sebagai PM (Perdana Menteri) ketika itu, tidak pernah menggunakan Artikel 117?

Mohd Hazem: Tidak dalam hal begitu. Setahu saya, perkara-perkara kritikal perlu disetujui oleh Datuk Seri Najib.

Muhammad Shafee juga menyoal saksi sama ada beliau menyedari bahawa Najib menjawat pelbagai jawatan ketika itu, antaranya sebagai perdana menteri, menteri kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan Artikel 117 secara khusus, berkaitan dengan peranan Najib sebagai perdana menteri ketika itu.

Mohd Hazem: Tidak kira ‘jawatan’ apa yang disandang Datuk Seri Najib, persetujuan beliau diperlukan.

Muhammad Shafee: Jadi anda bersetuju bahawa beliau mempunyai kuasa untuk membuat keputusan?

Mohd Hazem: Ya.

Muhammad Shafee: Itu adalah cara yang salah untuk melakukannya. Saya menyatakan bahawa tafsiran anda salah.

Mohd Hazem: Saya tidak setuju dengan anda.

Dalam isu lain, Mohd Hazem bersetuju dengan cadangan peguam bahawa komisen berjumlah RM801 juta yang dibayar kepada Goldman Sachs untuk pemerolehan 1MDB Energy (Langat) Limited adalah “sangat tinggi”.

Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa terdapat cara lain yang lebih murah untuk mendapatkan pembiayaan.

Muhammad Shafee: Apa cara lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan pembiayaan yang lebih murah?

Mohd Hazem: Mereka mungkin boleh melakukan proses pembidaan yang kompetitif antara bank-bank.

Muhammad Shafee: Tetapi, tidak ada proses pembidaan.

Mohd Hazem: Saya rasa tidak ada. 1MDB mungkin menggunakan jaminan daripada kerajaan atau mengumpulkan dana dengan bank tempatan sebagai gantinya.

Najib, 67, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

543 pekerja Poh Huat positif Covid-19

KUALA LUMPUR - Seramai 543 pekerja syarikat pengeluar perabot Poh Huat Furniture Industries Sdn Bhd (PHFI) dilaporkan positif Covid-19. Susulan itu Poh Huat Furniture akan...

Beri kupon komputer riba bantu pelajar ikuti PdPR – Shahril Hamdan

CYBERJAYA: Kerajaan boleh menyediakan kupon subsidi untuk pembelian komputer riba bagi meringankan beban pelajar yang tidak berkemampuan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Ketua...

PKP: Mahkamah utamakan kes berkepentingan awam, perbicaraan Najib bersambung 27 Jan

KUALA LUMPUR, 26 Jan -- Permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kesnya yang dituduh...