Pemimpin Wanita UMNO Kecewa, Dakwa Calon Wanita Dipinggir Dalam PRN Melaka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pimpinan Wanita UMNO jelas kecewa dengan tindakan Barisan Nasional (BN) yang didakwa meminggirkan calon wanita untuk dinamakan dalam persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim membidas tindakan parti seolah-olah menjadikan Wanita cuma sekadar tukang kempen yang tidak layak bersama kepimpinan sebagai wakil rakyat.

“Wanita hanya dipandang sebagai tukang kerja dan jentera oleh parti. Kepimpinan UMNO Melaka hanya lihat Wanita UMNO sebagai tukang kempen sahaja.

“Wanita UMNO tulang belakang parti? Maka memang benar-benar hanya menjadi tulang dan diletak dibelakang sahaja. Sepertinya tidak layak untuk berjalan dihadapan bersama kepimpinan sebagai Wakil Rakyat,” bidas Norshida.

Menurut beliau, BN akan mengumumkan calon yang bertanding di PRN Melaka yang menyaksikan gabungan itu bertanding 28 kerusi dan sepertinya calon Wanita UMNO di pinggir sahaja,seperti tiada.

“Wanita UMNO Malaysia sangat yakin dengan kepimpinan Wanita Melaka yang mempunyai pemimpin berkaliber,menabur bakti kepada rakyat,mempunyai rekod cemerlang dan diterima rakyat.

“Wanita UMNO sedar parti sedang berusaha membariskan muka baharu untuk PRN kali ini. Tetapi menidakkan dan menafikan potensi calon Wanita UMNO.

“Wanita UMNO nadi parti, telah berbukti sejak azali. Wanita UMNO tetap setia, walau telah ulang kali tertoreh luka,” kata Norshida.

Senada dengan beliau, Ketua UMNO Bahagian Maran, Shahaniza Shamsuddin berkata, tindakan parti meminggirkan calon Wanita membuktikan bahawa politik Malaysia masih didominasi kaum lelaki.

“Saya terbaca hantaran Norshida nampaknya agak terbuka kekecewaan yang dizahirkan tentang pemilihan calon Wanita dalam PRN Melaka.

“Tidak tahu dimana silapnya lagi hinggakan parti merasakan tiada calon berwibawa di kalangan Wanita khususnya Wanita UMNO? Mungkin sudah tiba masanya kita menghayati semula kata-kata Almarhumah Tan Sri Aishah Ghani , ” for a woman to be rise in politic, she must be accepted by men”.

“Ya, memang bukan mudah untuk lelaki menerima seorang Wanita sebagai pemimpin mereka terutama lelaki Melayu. Sedangkan di Sri Lanka, mereka mempunyai Perdana Menteri Wanita pertama di dunia sejak tahun 1956.

“Apa kita nak tunggu lagi? Ramai pemimpin Wanita yang lebih berwibawa boleh diketengahkan sebagai calon. Masih ada masa lagi sebelum pengumuman esok. Buatlah penilaian yang sebaiknya,” cadang Shahaniza.

Khabarnya hanya ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar sahaja calon wanita tunggal yang akan ditampilkan oleh BN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat