Jumlah Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat

- Advertisement -

ALOR SETAR – Mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 866 mangsa daripada 240 keluarga yang dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah.

Jumlah itu berbanding pada jam 4 petang tadi iaitu seramai 856 mangsa daripada 234 keluarga.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, setakat ini mangsa banjir di daerah Kota Setar meningkat iaitu seramai 565 mangsa daripada 163 keluarga berbanding 550 mangsa dari 156 keluarga jam 4 petang tadi.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar masih kekal seramai 80 mangsa daripada 23 keluarga, PPS SK Suka Menanti seramai 66 mangsa daripada 25 keluarga manakala PPS SK Darul Hikmah seramai 114 mangsa daripada 31 keluarga.

“Selain itu, PPS SK Convent seramai 89 mangsa dari 23 keluarga, SK Titi Gajah seramai 10 mangsa daripada dua keluarga dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent pula menempatkan seramai 163 mangsa daripada 44 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Muaz berkata, PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Kuala di Kota Setar pula menempatkan seramai 43 mangsa daripada 15 keluarga.

Mohd Muaz berkata, setakat ini mangsa keseluruhan mangsa banjir di Pendang masih kekal seramai 287 mangsa daripada 75 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah (206 mangsa daripada 50 keluarga) dan PPS Dewan Cenderawasih seramai 81 mangsa daripada 25 keluarga.

Beliau berkata, satu PPS daerah Baling iaitu SK Padang Tembak A menempatkan seramai 10 mangsa daripada satu keluarga.

“PPS di daerah Pokok Sena iaitu di SK Tualang pula masih menempatkan seramai empat mangsa daripada satu keluarga,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat