Trump Keluar Sebentar Dari Hospital Untuk ‘Menyapa’ Penyokong

- Advertisement -

PRESIDEN AS Donald Trump meninggalkan sebentar hospital tempat beliau dirawat selepas positif Covid-19 supaya beliau dapat dipandu melalui penyokongnya yang bersorak di luar.

Presiden berusia 74 tahun itu, yang masih dijangkiti Covid-19, disambut oleh ramai peminat ketika beliau keluar sebentar meninggalkan Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed.

Presiden masih belum dibenarkan keluar dari hospital. Tingkap ditutup dan Trump dapat dilihat melambai dari dalam dengan memakai topeng. Seorang ejen Perkhidmatan Rahsia di kerusi depan memakai PPE penuh kerana presiden masih boleh menjangkiti orang lain.

Dalam video yang dikeluarkan melalui akaun Twitternya tidak lama sebelum dipandu keluar dari hospital, Trump berkata, “Ia adalah perjalanan yang menarik. Saya belajar banyak tentang Covid-19, saya mempelajarinya seperti belajar di sekolah”.

“Ini sekolah SEBENAR. Ini bukan sekolah ‘mari baca buku’. Dan saya faham. Dan saya memahaminya. Ini adalah perkara yang sangat menarik.”

Namun tindakannya sekarang bermaksud semua orang yang berada di dalam kereta bersamanya harus dikuarantin selama dua minggu, kata seorang doktor di hospital yang membantah perjalanan pendek itu sebagai “kegilaan”.

Dr James P. Phillips, seorang doktor yang berkhidmat di Walter Reed, menulis tweet: “Setiap orang yang berada di dalam kenderaan selama sesi “pandu lalu” bersama Presiden itu – yang langsung tidak ada keperluan sama sekali, harus dikuarantin selama 14 hari. Mereka mungkin jatuh sakit. Mereka mungkin akan mati.

“Untuk satu pertunjukan politik. Diketuai oleh Trump untuk membahayakan nyawa mereka untuk satu pertunjukan. Ini adalah kegilaan.”

Pasukan perubatannya mengadakan sidang media petang ini di mana mereka berkata, Presiden terus membuat kemajuan yang mantap dan dapat kembali ke Rumah Putih seawal hari ini.

Namun mereka juga mendedahkan yang Presiden berusia 74 tahun itu harus diberi oksigen di Rumah Putih selama satu jam dan telah menggunakan dengan oksigen rendah dua kali ketika beliau terus melawan virus tersebut – Daily Mirror

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat