Muhyiddin Tidak Derhaka, Punya Hubungan Amat Baik Dengan Tuanku – Annuar Musa

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa mempunyai hubungan yang amat baik dengan Seri Paduka Bagida Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut Annuar, jika ada pihak yang ingin mencuba melabel Perdana Menteri sebagai derhaka, atau pura-pura memihak kepada Tuanku, adalah sebenarnya “unjuk dan sembah setia” yang tidak kena pada tempatnya. Ianya suatu kepura-puraan politik, dan ia tidak di minta oleh Istana.

Tegas Annuar lagi, isu derhaka itu langsung tidak berbangkit sama sekali kerana dalam masa seminggu sahaja Perdana Menteri sudah mengadap Tuanku sebanyak tiga pada 27, 29 Julai dan 4 Ogos.

“Setiap hari Rabu beliau tak pernah gagal di perkenan mengadap.

‘Negara pula mempunyai Ketua Negara yg sangat prihatin soal pemerintahan dan rakyat. Baginda seorang Raja yang sangat berjiwa Rakyat.

“Menjadi amalan Perdana Menteri memulakan setiap mesyuarat kabinet dengan menyampaikan titah dan pandangan Seri Paduka Bagida Yang di Pertuan Agong. Baginda banyak memberi pandangan dan sentiasa di terima pakai oleh Kerajaan.” jelas Annuar lagi.

May be an image of one or more people, people standing, suit, indoor and text that says "4 OGOS 2021 ISTANA NEGARA"

Ujarnya lagi, Muhyiddin yang berpengalaman sebagai Menteri Besar Johor, Timbalan Perdana Menteri dan sekarang Perdana Menteri begitu bijaksana dan arif selok belok pentadbiran kerajaan dan amat berhati-hati menjaga hubungan dengan Tuanku dan Istana.

Selain itu, Perdana Menteri juga mempunyai Menteri-Menteri yang berpengelaman dalam kabinetnya.

“Tidak sedikit kalangan anggota kabinet yg mempunyai hubungan AMAT BAIK dengan Istana..

“Terkini, hubungan yang amat baik itu membolehkan setiap permasalahan diselesaikan, di pandu, di nasihati dan di beri perkenan oleh Tuanku.

“Baginda kekal “apolitical”. Kekal memerintah dengan adil dan saksama. Patik sekalian menjunjung kasih. Negara berbangga punya Ketua Negara yang bijaksana.” kata Annuar Musa lagi. –SuaraTV

Foto: Istana Negara

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat