Muhyiddin rebah, ‘kleptokrat’ kembali? – Tony Pua

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Neraca politik Malaysia yang terumbang ambing mutakhir ini mencetuskan keraguan ahli Parlimen DAP, Tony Pua katanya sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang ia membuka jalan luas untuk UMNO kembali mendominasi malah menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya akan datang.

Beliau memberi amaran sebarang kekosongan kuasa yang terjadi akibat kejatuhan kerajaan PN akan diisi oleh UMNO, menjadikan parti yang pernah mendominasi kerajaan itu sebelum ini, kembali menjadi semakin kuat pada pilihan raya akan datang.

Tony berkata ketika pembangkang mempunyai peluang terbaik untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi pemimpin utama menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) namun penggantinya mungkin adalah dari UMNO.

“Dan jika pemimpin UMNO jadi Perdana Menteri, bukankah semua kleptokrat akan dibebaskan (atau mungkin kembali berkuasa)?” kata beliau yang dilihat merujuk “kluster mahkamah” dalam kalangan pemimpin UMNO yang kini sedang berdepan pelbagai pertuduhan rasuah.

Menurut Tony yang juga Ahli Parlimen Damansara, kembalinya UMNO ke dalam tampuk pentadbiran kerajaan akan menyaksikan parti itu akan mengukuhkan kuasa politik untuk “muncul lebih kuat selepas pilihan raya umum akan datang.

Katanya, langkah demikian mungkin bermakna pemimpin UMNO “akan terlepas daripada kesalahan mereka”, sambil menambah pembangkang mungkin boleh ambil alternatif lain cuba bertoleransi dengan kerajaan PN “untuk sedikit masa saja lagi”.

“Ini bagi mengekang UMNO, sementara PH dan rakyat akan dapat jatuhkan Muhyiddin dan Azmin pada pilihan raya umum akan datang,” tambahnya merujuk kepada bekas timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengetuai beberapa orang ahli Parlimen keluar daripada parti itu sewaktu “Langkah Sheraton” dilaksanakan tahun lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat