KKM lapor polis isu Dr Musa Nordin dakwa JKJAV amal rasuah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan pengamal perubatan swasta, Dr Musa Nordin  bahawa Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah melakukan amalan rasuah dalam pemerolehan vaksin.

Dr Musa mendakwa JKJAV tidak membuat perolehan vaksin jenis Moderna, dan Bahagian Regulatori Farmaseutikal Negara (NPRA) masih tidak mendaftarkan vaksin berkenaan kerana tidak diberikan sogokan yang mencukupi (not enough kickbacks).

Laporan polis dibuat kerana KKM memandang serius dakwaan tidak berasas yang dibangkitkan oleh Dr.Musa Nordin dan mahu siasatan lanjut diadakan.

Menurut KKM, perbincangan bagi perolehan vaksin jenis Moderna telah diadakan oleh KKM dengan syarikat pengeluar vaksin ini iaitu ModernaTX Inc. pada penghujung tahun 2020.

“Seterusnya pada 6 Disember 2020, ModernaTX Inc. telah membuat tawaran rasmi vaksin kepada KKM sebanyak 10 peratus daripada populasi Malaysia dan penghantaran bermula pada suku tahun ke-3 hingga suku tahun ke-4 tahun 2021.

“Cadangan tawaran ModernaTX Inc. telah dibawa untuk pertimbangan JKJAV yang berpendapat tawaran tersebut boleh dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, memandangkan penghantaran vaksin hanya dapat dibuat pada suku tahun ke-3 2021, maka JKJAV telah membuat keputusan perolehan perlu dibuat segera dengan pengeluar-pengeluar lain yang dapat membekalkan vaksin COVID-19 lebih awal bagi mempercepatkan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Pihak ModernaTX turut diminta untuk mengemukakan permohonan pendaftaran vaksin kepada NPRA. Berdasarkan semakan dan rekod, pendaftaran vaksin Moderna hanya dikemukakan kepada NPRA pada bulan Julai 2021 melalui syarikat yang dilantik oleh ModernaTX Inc,” jelasnya.

Kata KKM lagi, kini, NPRA sedang melaksanakan penilaian secara laluan khas dan akan dibentangkan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dalam masa terdekat.

“Memandangkan kerajaan telah pun mempunyai portfolio dan jumlah dos yang mencukupi untuk vaksinasi populasi di Malaysia, kerajaan akan membuat keputusan keperluan vaksin berkenaan sebaik sahaja vaksin tersebut diluluskan pendaftarannya oleh NPRA, termasuklah penggunaannya sebagai dos penggalak (booster shot) atau secara heterologi.

Terdahulu, Dr Musa Nordin melancarkan serangan terhadap program vaksinasi Covid-19 Malaysia, menuduh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) bukan sahaja menguruskan pandemik secara “flip flop” bahkan mengamalkan rasuah.

Dr Musa Nordin juga mempersoalkan mengapa Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), pihak berkuasa kelulusan ubat-ubatan di bawah kementerian kesihatan masih belum memberikan lampu hijau mengenai vaksin Moderna.

“Sekiranya anda mahukan jawapan ringkas, saya boleh katakan, saya rasa, tidak cukup sogokan,” katanya.

Walaupun mengakui kadar tinggi vaksinasi Malaysia, yang ketika ini mengungguli carta tertinggi di dunia, Musa bagaimanapun berkata Malaysia kini sedang berdepan varian Delta.

Beliau mengkritik apa yang disifatkan sebagai dasar “flip flop” dari JKJAV mengenai pemberian vaksin kepada remaja, selain isu pemerolehan vaksin Sinovac.

Musa mendakwa vaksin Sinovac tidak berkesan dalam melawan varian Delta, mengatakan penerima vaksin buatan China itu harus diberi suntikan booster vaksin tanpa ditangguh lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat