PKPD: Hishammuddin Agih 615 ‘Foodpack’ Di Sembrong

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Sembrong, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, 615 isi rumah rumah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti Taman Puteri akan menerima agihan ‘foodpack’ yang mengcukupi bagi tempoh perlaksanaan selama dua minggu.

Jelas Hishammuddin yang juga Menteri Kanan Luar (Kluster Keselamatan), beliau tidak mahu lokaliti yang dikenakan PKPD terputus bekalan asas sepanjang tempoh tersebut.

No photo description available.

“Setiap hari sejak minggu lepas saya umum pelaksanaan PKPD di seluruh negara – esok satu lokaliti di Parlimen saya sendiri Sembrong P153, iaitu Taman Puteri masuk senarai yang akan dikenakan PKPD hingga 19 Ogos.

“Saya telah minta pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sembrong agar segera menyiapkan keperluan asas khususnya ‘foodpack’ yang mencukupi bagi tempoh dua minggu untuk diagihkan kepada lebih 615 isi rumah di lokaliti berkenaan.

“Penting untuk bantuan ini dihulurkan secepat mungkin. Saya tidak mahu ada yang terputus bekalan asas sepanjang PKPD. Kebajikan warga #SembrongKita sentiasa menjadi keutamaan saya apatah lagi di saat-saat sukar ini.” kata Hishammuddin. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat