Langkah Seri Pacific sasar jahanamkan UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Objektif gerakan baru menerusi “Langkah Seri Pacific” sasaran utamanya adalah menjahanamkan UMNO,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi.

Dakwa Puad “Langkah Seri Pacific” kali ini melibatkan musuh luar juga.

Tanpa menamakan individu yang terkait, Puad membidas gerakan ini didalangi “orang yang dapat jawatan”.

“Kita biasa dengar “Langkah Kajang” dan “Langkah Sheraton”. Langkah Sheraton memang berjaya. Terduduk Tun Dr Mahathir.

“Sekarang ini ada pula “Langkah Seri Pacific”. Targetnya ialah UMNO. Siapa terlibat? Berapa banyak duit? Apakah ada “scheme of things”? Siapa pemimpin UMNO yang kerap di situ,” soal Puad dalam catatan di Facebooknya pada Khamis.

Beliau turut membangkitkan persoalan “apa objektif langkah Seri Pacific. Menjahanamkan UMNO?”

” Apakah pakar Langkah Sheraton diupah untuk jayakan langkah Seri Pacific? Nampaknya, musuh luar terlibat.

“Semua ini berlaku kerana depan cakap lain, belakang cakap lain. Mereka tipu parti. Tipu ahli parti. Ini musibah bila dapat jawatan,” dakwa beliau.

Puad tanpa ragu-ragu berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada hari ini memerintah secara haram.

“Apa guna memerintah dengan “majoriti tipu”. 115-14=101.

“Kenapa mesti tunggu bulan September. Samalah, bolehkah hidup dengan makan dari sumber tipu, walaupun sehari. Haram tetap haram,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat