Keadilan Untuk Arwah Adib Jangan Dilengah-lengahkan – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid melalui laman Facebooknya sebentar tadi berkata, beliau mengambil maklum cadangan kerajaan kepada pihak Peguam Negara untuk menuduh 12 orang suspek di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang merusuh dan menyerang jentera bomba dan mengadakan semula Inkues untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 339 (2) Kanun Prosedur Jenayah.

Walaubagaimanapun, Zahid berpandangan cadangan tersebut seolah-olah menidakkan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27.9.2019 yang memutuskan bahawa punca kematian arwah Adib adalah disebabkan dari perbuatan jenayah membabitkan dua atau lebih individu yang tak dikenali

Tambah Pengerusi BN itu lagi, “Seksyen 143 Kanun Keseksaan adalah hukuman bagi mereka yang terlibat dalam sesuatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang, di mana pesalah hanya dihukum penjara tidak lebih 6 bulan atau denda atau keduanya sekali. Ini tidak setimpal dengan nyawa seorang Penjawat Awam yang telah dibunuh”.

Menurut Zahid, “Sewajibnya, pendakwaan yang patut dikenakan kepada mereka yang terlibat adalah kesalahan yang berkaitan dengan JENAYAH MEMBUNUH sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Bab 16 Kanun Keseksaan dan bukannya kesalahan himpunan haram”.

Beliau turut menegaskan bahawa tambahan cadangan untuk mengadakan semula Inquest, walaupun dibenarkan oleh undang-undang, jelas membuang masa dan melengahkan lagi keadilan terhadap arwah Muhammad Adib dan ahli keluarganya.

“Apatah lagi kesalahan yang telah dilakukan adalah suatu jenayah yang amat serius terhadap seorang Penjawat Awam yang sedang menjalankan tugas”, katanya lagi.

“Marilah kita berdoa agar roh Allahyarham Adib ditempatkan dalam kalangan golongan beriman dan beramal soleh. Amin”, katanya di akhir hantaran tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat