Zahid Mendoakan Keselamatan Rakyat Lubnan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Susulan letupan besar yang berlaku di Beirut, ibu negara Lubnan semalam, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini berharap semoga rakyat dan kerajaan Lubnan tabah menghadapi ujian ini.

Kata beliau di laman Facebooknya, “kita bersedih dengan laporan yang menyayat hati di Beirut taktala seluruh dunia masih berperang dengan wabak Covid-19”.

Tambah beliau lagi, “Semoga Kerajaan Lubnan dan rakyatnya tabah menghadapi ujian yang getir ini. Kepada Allah SWT jualah tempat kita bergantung harap dan memohon perlindungan”.

Letupan kuat yang menggegarkan Beirut itu dikaitkan dengan sejumlah bahan mudah terbakar, hasil rampasan lebih 6 tahun lalu, yang disimpan dalam sebuah gudang di pelabuhan Beirut.

Pihak berkuasa Lubnan setakat ini mengesahkan jumlah kematian sudah mencecah seramai 78 kes sementara lebih 4,000 yang lain, cedera – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat