Titah Adendum, sokong penuh tindakan Presiden Umno – Ahmad Bashah

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

ALOR SETAR – Umno Bahagian Alor Setar mengambil serius mengenai perkembangan terbaru dalam semakan kehakiman yang difailkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, mengenai Titah Adendum Yang Dipertuan Agong Ke-16.

Ketuanya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata demikian pada Sidang Media di Bangunan Tunku, di sini pada Isnin.

Ahmad Bashah berkata, pihaknya melakarkan sokongan penuh pada tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memfailkan afidavit tambahan nombor tiga berhubung Titah Adendun Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-16.

“Ianya melegakan buat Datuk Seri Mohd Najib untuk menjalani baki hukumannya sebagai tahanan rumah bukannya terus di dalam penjara, ”katanya.

“Kami merayu agar permohonan petisyen Datuk Seri Mohd Najib berkenaan kewujudan Titah Adendum tersebut diputuskan seberapa segera oleh pihak mahkamah secara adil, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak, ”katanya lagi.

Ujarnya, perkara seserius ini perlu diberi keutamaan dan penjelasan penuh oleh pihak kerajaan agar tidak mencemarkan imej dan titah Yang Di-Pertuan Agong yang memiliki hak prerogatif baginda sebagaimana yang diperuntukkan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“UMNO Bahagian Alor Setar ingin menegaskan bahawa isu ini perlu diselesaikan segera oleh pihak berkenaan agar urus tadbir dan tatakelola kerajaan perlu selari dengan Perlembagaan.

Keputusan mahkamah juga perlu disegerakan supaya keadilan sebenar buat bekas Perdana Menteri itu dapat ditegakkan sebaik mungkin, ”ujarnya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat