Abdul Hadi derita sindrom kesunyian? – A. Kadir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa ‘menderita’ sindrom kesunyian dan kebimbangan takut hilang jawatan,” kata Tokoh Wartawan Nasional, Datuk A. Kadir Jasin.

Dalam satu hantaran Facebooknya pada Isnin, A. Kadir berkata, “maaf cakaplah kalau saya kata, sejak akhir-akhir ini hujah, tindak tanduk serta tingkah laku Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan anak buahnya semakin berkecamuk seolah-olah kehabisan modal, hilang akal dan terdesak.

“Malah boleh disifatkan sebagai pelik,” dakwa beliau.

Kata A. Kadir, sejak menghalalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN)’yang pernah difatwakannya sebagai kerajaan tebuk atap dan dilantik menjadi Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri pada 2 April 2020 lalu, Presiden PAS itu langsung tidak cemerlang.

“Lebih setahun berlalu tanpa sebarang hasil yang nyata. Di masa yang sama tindak tanduk pemimpin PAS yang lain tidak langsung membantu sebaliknya memburukkan keadaan.

“Abdul Hadi langsung tidak berperanan dalam krisis terbaru Palestin berikutan pelanggaran Israel ke atas Gaza dan dalam apa-apa juga hal berkaitan perhubungan Malaysia dengan Timur Tengah,” kritik A. Kadir.

Tambah beliau, hatta dalam lawatan rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu Mac lalu, dia tidak pun dibawa bersama.

“Pengikut PAS berkata, ini adalah kerana kesihatannya yang tidak mengizinkan.

“Kalau kesihatannya tidak mengizinkan, mengapa dilantik ke jawatan yang begitu penting dengan gaji dan elaun yang cukup lumayan? Tidak ada sesiapa yang memaksa Abdul Hadi memikul beban amanah yang tidak tertanggung olehnya. Realitinya Abdul Hadi tidak begitu diterima oleh negara-negara Arab konsevatif.

“Kalau Abdul Hadi tidak sihat sekarang Muhyiddin pula sakit. Tapi umum tahu yang Muhyiddin melantiknya bukan kerana kehebatan diplomasi atau keakrabannya dengan Dunia Arab tetapi untuk melenyapkan kritikannya terhadap kerajaan dan supaya dia (Muhyiddin) boleh menjadi bos kepada Presiden PAS itu. Bukan selalu pemimpin sebuah parti kecil macam Muhyiddin (Bersatu) boleh menjadi bos kepada Presiden Pas.

“Yang terbaru Presiden PAS itu dipetik mengenai dua perkara. Pertama fatwa rambang haram bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana “melampau terhadap Islam”. Ia lebih berupa cemburu terhadap musuh ketatnya, Amanah, dan kebencian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kedua dia menulis mengatakan yang Vatican merayakan penaklukan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511. Jelas
Abdul Hadi masih dalam minda “hentam sajalah orang kampung mana tahu.”

“Dia terlupa orang kampung pun sudah lama menyertai komunikasi arus perdana yang dipacu oleh media sosial. Lantas kedangkalan hujannya dipatahkan serta merta dan sekali gus disekolahkan bahawa Vatican belum wujud pada tahun 1511. Vatican hanya diasaskan pada tahun 1929. Abdul Hadi dilapor telah memadamkan tampalan itu,” ujar A. Kadir.

Dalam pada itu beliau turut menambah, prestasi anak-anak buahnya yang dilantik menjadi Menteri, Menteri Besar dan Timbalan Menteri pun bukan sahaja tidak cemerlang malah lebih kerap melencong ke arah sensasi seperti melanggar SOP Covid-19 dan lain-lain.

“Kesimpulannya manakala Abdul Hadi sedang menderita sindrom kesunyian dan kebimbangan takut hilang jawatan, anak-anak buahnya sedang khayal diracuni kuasa, harta dan glamor.

“Abdul Hadi sunyi kerana dia tidak diraikan semeriah Menteri-menteri Pas dalam Kerajaan PN dan bimbang Kerajaan PN tumbang apabila darurat tamat dan Parlimen kembali bersidang.

“Bagi anak-anak buahnya pula, mereka “bergembira” dan bersuka ria sementara masa masih ada,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat