Susah Anwar nak laksana agenda reformasi kerana terpaksa ‘usung’ Zahid- KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memperincikan hala tuju lebih jelas sebagai usaha menjayakan agenda reformasi yang dilaungkan oleh Perdana Menteri selama ini.

Podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan hari ini memberi pandangan berbeza berkenaan agenda reformasi yang menjadi perjuangan utama Kerajaan Perpaduan ini.

Menurut Khairy, Anwar tidak memiliki mandat yang jelas atau kerajaan mutlak sebaliknya memerlukan pembentukan Kerajaan Perpaduan dan terpaksa ‘usung’ Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kerajaan pimpinannya.

“Anwar tak ada mandat 100 peratus, beliau perlukan Kerajaan Perpaduan, ‘usung’ Zahid Hamidi dalam keadaan di mana Anwar pada waktu ini.

“Anwar tak ada mandat yang jelas, beliau tak boleh buat (reform) sebab kena lantik GLC dan bila cakap pasal tatakelola lepastu Anwar pandang Zahid ada kat situ, susahlah,” ujar Khairy.

Pun begitu, bekas Menteri Kesihatan itu yakin agenda reformasi yang diperjuangkan Anwar selama ini sedang dicerakinkan dan Perdana Menteri kesepuluh itu memerlukan sedikit masa lagi untuk memenuhi manifesto berkenaan.

Sementara itu, Khairy juga percaya kerajaan pimpinan Anwar sedang giat berusaha mengurangkan ketirisan.

“Kerajaan Anwar sedang membuktikan tatakelola yang yang baik. Ini bertujuan membangkitkan keyakinan pelabur dengan meningkatkan polisi jelas bahawa tak ada menteri akan sakau kalau pelabur melabur di Malaysia.

“Umum maklum imej Malaysia tiga tahun lepas dibelenggu dengan skandal kewangan besar dalam sejarah dunia, saya rasa walaupun Anwar belum sampai ke tahap perincian berkenaan naratif ekonomi, saya rasa tak salah beliau punya ‘initial instinct’ untuk bersihkan imej Malaysia daripada imej yang sinonim dengan 1MDB,” katanya.

Bagaimanapun, Khairy kurang berpuas hati berkenaan cara kerajaan menguruskan peruntukan ahli Parlimen pembangkang.

“Peruntukan kawasan ia sepatutnya automatiklah bila dah jadi ahli Parlimen diberitahu jadual, bila tarikh akan dapat peruntukan, cara masukkan dalam akaun pusat khidmat masing-masing tapi difahamkan belum lagi dilaksanakan.

“Bagi sedikit masa lagi, mungkin sebulan dua lagi untuk cuba menunjukkan hala tuju lebih jelas,” kata beliau.

Berbeza pula pandangan, Shahril menyifatkan kerajaan pimpinan Anwar tidak memiliki naratif jelas dan tidak semua menteri Kabinet membawa jenama reformasi.

“Ada beberapa menteri yang ada agenda jelas tapi tak secara keseluruhan.

“Anwar juga sepatutnya mengemukakan agenda jelas di Dewan Rakyat berkenaan hala tuju kerajaan memandangkan beliau memiliki masa yang panjang untuk membuat perancangan rapi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat