Prof. Gs. Dr. Narimah Samat dilantik semula Timbalan Naib Canselor USM

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Dato’ Prof. Gs. Dr. Narimah Samat dilantik semula sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Malaysia (USM) berkuat kuasa 13 Mei 2024 hingga 12 Mei 2026.

Beliau menerima surat pelantikan itu daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, di sini, pada Rabu.

Dr. Narimah, anak kelahiran Perlis mula dilantik jawatan itu pada 5 April 2021 sehingga 4 April lalu merupakan graduan bidang Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Matematik dari Southwest Texas State University, Amerika Syarikat pada tahun 1990.

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang akademik sebagai seorang pensyarah di USM pada 1995 kemudiannya melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang GIS, Penderiaan Jarak Jauh (Remote Sensing) dan Permodelan Guna Tanah Bandar di USM pada 1995.

Pada 2002, beliau menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang yang sama di University of Leeds, United Kingdom dan dilantik sebagai Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM pada Januari 2016 sehingga Disember 2018.

Sejak dari itu minat penyelidikan utama beliau adalah tertumpu kepada aplikasi GIS dan permodelan guna tanah bandar.

Beliau kini adalah seorang Geospatial Profesional (Gs) dan telah menyiapkan lebih daripada 45 projek penyelidikan berkaitan GIS yang digunapakai dalam pelbagai bidang khususnya bidang perancangan dan permodelan guna tanah bandar.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat