Betulkah pinjam bank untuk bantu rakyat atau belanja perkara lain? – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi mempertikaian pendedahan Ketua Pembangkang Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa ada wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) di negeri itu terpaksa berhutang dan membuat pinjaman bank untuk membantu rakyat di kawasan masing-masing.

“Timbalan Presiden PAS merungut ada ADUN pembangkang terpaksa buat pinjaman bank untuk bantu rakyat. Itu hanya gimik untuk dapat simpati.

“Betulkah pinjaman itu dibuat untuk bantu rakyat atau dibelanja untuk perkara lain? bidas Speaker DUN Johor itu di Facebooknya.

Hal ini kata Puad, ini memandangkan berpuluh tahun PAS jadi pembangkang tanpa peruntukan.

“Boleh sahaja mereka hidup. PAS pun pandai jual air liur.

“Yang taksub tetap sokong PAS. Kerajaan buat jalan raya pun mereka tidak peduli.

“Maka tidak perlulah YB PAS bising bising pasal peruntukan. PAS pun banyak duit. Bantulah YB mereka,” gesa beliau lagi.

Malah tambah Puad, semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-7 semua aset Umno dibeku.

“Tak ada hal.

“Justeru YB pembangkang tidak perlu merungut dan merengek,” tempelaknya.

Terdahulu, Tuan Ibrahim yang merupakan ADUN Cheka berkata, pinjaman itu merupakan alternatif bagi membanyar kos operasi pusat khidmat DUN kerana pembangkang tidak diberikan sebarang peruntukan oleh kerajaan negeri untuk tujuan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat