Caprice Kritik Polis Lindungi Penunggang Motosikal Kayangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Caprice mengkritik tindakan polis melindungi penunggang motosikal ‘kayangan’ sebaliknya mengenakan tindakan undang-undang kepada pengguna motosikal marhaen.

Caprice di Instagramnya memerli penunggang motosikal kapcai yang melakukan aksi ‘wheelie’ di Kelantan kerana melakukan jenayah ‘besar’.

“Kenapa buat jenayah besar, cuba hang (kamu) buat jenayah kecil seperti curi duit berjuta-juta, dera budak kecil.

“Sapa suruh hang naik motosikal kapcai harga RM7,000. Cuba bawa Ducati yang berharga RM200,000.

“Ini budak Ducati tak ada pi mahkamah atau kena kutip sedangkan video dah jelas. Ingat lain kali kalau nak buat jenayah cuba bawa Ducati,” sindir Caprice di Instagramnya.

Pada 10 April lalu, media melaporkan dua kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi menjadikan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) sebagai litar lumba haram.

Difahamkan kegiatan yang tular di media sosial apabila ahli kumpulan berkenaan kini menjadi buruan polis.

Minggu lalu, sepasang suami isteri ditahan polis selepas rakaman video mereka menunggang motosikal sambil membuat aksi ‘wheelie’ tular di media sosial.

Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud berkata, pasangan berkenaan sebelum ini diburu polis selepas video aksi mereka itu dirakam di Jalan Pasir Puteh, Peringat tular.

Selain kes di Kelantan itu, sepasang lagi pasangan di Kuantan, Pahang juga dituduh dan dihadapkan di mahkamah.

Susulan itu timbul persoalan pilih kasih dalam tindakan PDRM terhadap pesalah kayangan dan golongan bawahan.

Tindakan dua darjat ini didakwa kerana penunggang Ducati mempunyai ‘kabel besar’ yang melindungi perbuatan mereka.

Bagaimanapun satu sumber memberitahu SuaraTV bahawa kes penunggang motosikal Ducati bermaharajalela secara merbahaya atas jalan raya telah ada kertas pendakwaan tetapi sehingga kini tidak diteruskan.

“Seolah-olah ada pihak tertentu melambatkan tangkapan ke atas OKT (orang kena tuduh) bagi membolehkan DPP (Penolong Pendakwaraya) melakukan pertuduhan di mahkamah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat