HTAA Cipta Sejarah Hospital Pertama Di Pantai Timur Laksana Pembedahan ECIRS

- Advertisement -

KUANTAN – Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mencipta sejarah apabila berjaya melaksana pembedahan Endoscopic Combined IntraRenal Surgery (ECIRS) sekali gus menjadi hospital pertama di Pantai Timur yang menjayakannya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, pembedahan kendalian Jabatan Urologi HTAA kelmarin membabitkan empat pesakit berusia 35 hingga 71 tahun, masing-masing dua lelaki dan perempuan.

“Pembedahan itu bagi membuang batu karang kompleks daripada buah pinggang dan saluran ureter keempat pesakit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Nor Azimi berkata, melalui kaedah itu, dua pakar urologi boleh melakukan dua prosedur berbeza iaitu Percutaneous Nephrolithotomy (PCNL) dan Ureteroscopy (URS) pada waktu sama ke atas pesakit, yang menjadikan masa pembedahan lebih pendek.

“Pakar Perunding Urologi daripada Hospital Selayang, Dr Toh Charng Chee telah dijemput bagi membantu kejayaan pembedahan ECIRS ini di Pahang.

“Pembedahan dijalankan oleh Dr Hamid Ghazali dan Dr Syahril Anuar, masing-masing merupakan Pakar Perunding Urologi dan Pakar Urologi di HTAA,” katanya.

Tambahnya, ECIRS terbukti menjadi pilihan rawatan yang selamat dan berkesan untuk pesakit batu karang yang kompleks dan mempunyai pelbagai kelebihan berbanding kaedah konvensional termasuk kadar jangkitan kuman yang lebih rendah.

“Pembedahan seperti ini telah berjaya menyediakan pakar urologi dan kakitangannya dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan prosedur ECIRS secara selamat dan berkesan pada masa akan datang.

“Semoga lebih ramai lagi pesakit boleh mendapat manfaat rawatan ini selari dengan kemajuan teknologi semasa,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat