200 orang graduan terima Anugerah Kecemerlangan Akademik YBR

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Yayasan Bank Rakyat memberi penghargaan kepada 200 orang graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dari institut pengajian tinggi (IPT) tempatan sempena Majlis Kecemerlangan Akademik hari ini.

Pada majlis ini, YBR menyampaikan sumbangan bernilai keseluruhan RM200,000 beserta sijil penghargaan kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan PNGK 3.5 ke atas.

Majlis penganugerahan itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick di Hotel Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur. Turut hadir Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang, Lembaga Pemegang Amanah YBR, serta Pengurus Besar YBR , Syaiful Rizal Abdul Ghani.

Bermula hanya 25 graduan sahaja pada 2018, jumlah graduan yang menerima bantuan pendidikan YBR telah meningkat kepada 200 orang pada tahun ini.

Menurut Menteri Kuskop, Ewon Benedick, anugerah ini dapat membuka mata masyarakat mengenai peranan YBR dalam memberi suntikan semangat kepada pelajar pelajar untuk berjaya di peringkat pengajian tinggi.

Sementara itu Pengerusi YBR memaklumkan ganjaran wang tunai bernilai RM1,000 seorang itu diberikan kepada graduan yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang.

“Anugerah Kecemerlangan Akademik ini merupakan salah satu usaha YBR bagi
menghargai dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk mencapai keputusan akademik yang terbaik serta menyokong agenda pendidikan negara dalam melahirkan modal insan mahir,” ujar Philip Benedict.

Seramai 187 orang graduan dari peringkat Ijazah Sarjana Muda manakala 13 orang graduan dari peringkat jazah Sarjana yang menerima anugerah ini.

Sementara itu, dalam majllis yang sama, YBR telah menyerahkan 25 komputer riba fizikal kepada 25 pelajar yang cemerlang matrikulasi tajaan YBR dikalangan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian IPT.

Inisiatif ini merupakan satu jalinan usaha bersama Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) yang telah bermula sejak tahun 2023 untuk memberikan suntikan semangat kepada pelajar-pelajar cemerlang matrikulasi yang kurang berkemampuan untuk belajar dalam suasana pembelajaran yang kondusif.

Menjadikan jumlah keseluruhan 50 pelajar cemerlang matrikulasi telah mendapat bantuan Pendidikan YBR sehingga kini.

Untuk makluman, YBR telah memperuntukan 25 pelajar cemerlang matrikulasi yang terpilih setiap tahun bagi menerima biasiswa YBR bagi program biasiswa YBR-BMKPM
untuk selama 4 tahun meliputi elaun sara diri, elaun buku, pemberian komputer riba serta peruntukan Bantuan Awal Pengajian (BAP) sebagai persediaan untuk memulakan semester.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat