Siri Kisah Seram Jurnal Risa Temui Penonton Bermula 27 Mei

- Advertisement -

Risa Saraswati, pencerita kisah seram Indonesia, yang mencecah jutaan penonton di Youtube kini berkolobrasi secara eksklusif dengan Disney+ Hotstar menerbitkan siri sulungnya – Jurnal Risa.

Siri 10 episod ini akan membuat tayangan perdana dua episod pertamanya mulai 27 Mei, diikuti dengan satu episod baharu yang setiap hari Sabtu.

Berdasarkan novel Risa Saraswati Jurnal Risa: Teror Liburan Sekolah, siri ini akan menceritakan kisah dari tahun 90-an apabila Risa muda terlibat dalam satu lagi pengembaraan berhantu dengan rakan barunya, yang menggelarkan diri mereka sebagai The Crew, dan sepupunya , cuba menyelamatkan salah seorang daripada mereka daripada roh jahat yang ingin membalas dendam.

Lakonan Shofia Shireen sebagai Risa, Sheryl Drisanna sebagai Dewi, Ali Fikry sebagai Angga, Muhammad Ozkan sebagai Nicko, Keanu Azka sebagai Kakang, Alesha Fadillah sebagai Indi, Alleyra Fakhira sebagai Riri, Dimas Putra sebagai Agus dan Quentin Stanislavski sebagai Kulon, “Jurnal Risa” akan tersedia secara eksklusif di Disney+ Hotstar dan Disney+ bermula dari 27 Mei untuk penonton di Indonesia, Singapura, Malaysia, Thailand dan Filipina.

Sebelum ini novel-novel Risa diadaptasi menjadi filem dalam sekuel Danur Universe – Danur (2017); Danur 2: Maddah (2018); Danur 3: Sunyaruri (2019); dan empat filem sampingan Asih (2018), Silam (2018), Asih 2 (2020) dan Ivanna (2022).

Dikatakan, Jurnal Risa adalah permulaan segalanya kepada jalan seram novel-novel Risa. Ia memfokuskan kepada pengalaman pertama Risa ketika usia muda berhadapan dengan pelbagai mistik, gangguan dan menyebabkan bahaya kepada saudara-mara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat