Ada ADUN pinjam bank untuk bantu rakyat dedah Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa ada ADUN pembangkang terpaksa membuat pinjaman bank untuk membantu rakyat, walaupun kerajaan negeri menyalurkan peruntukan.

Katanya ia antara alternatif untuk membayar sewa pusat khidmat DUN dan gaji pekerja.

“Kita bayang (kan) setiap kali hendak bayar sewa pejabat RM2,000 sebulan dan belum masuk (hendak bantu) rakyat yang susah datang jumpa. Ini kita terpaksa hadapi,” katanya menurut Sinar Harian dalam sidang media di DUN Pahang, semalam.

Beliau membandingkan RM30,000 yang disalurkan kerajaan Pahang kepada semua wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) setiap tahun dengan peruntukan pembangunan di negeri lain antara RM200,000 hingga RM300,000 kepada pembangkang melalui pejabat daerah.

“Macam Perak bagi RM6,000 sebulan kepada pembangkang untuk membayar sewa pusat khidmat dan bayar gaji pekerja.

“Pahang, kita dapat RM30,000 setahun dan RM5,000 sebagai peruntukan kepada Adun pembangkang, tetapi sumbangan itu (RM5,000) itu diberikan pada Ramadan untuk diagihkan kepada masjid.”

Sebelum ini, pembangkang dilaporkan kecewa kerana kerajaan negeri didakwa tidak mengagihkan peruntukan sama rata kepada wakil rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat