Kesukaran Henti Rantaian Covid-19

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...

Ujian Covid-19 Negatif Tetap Perlu Patuh Arahan Kuarantin – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan golongan berisiko menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penyebaran Covid-19. Jelas Asyraf, ia...

Kes Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang RM10 Juta Bermula April Depan

KUALA LUMPUR - Pendengaran saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang ditetapkan selama 5 hari bermula 5 April...

PANDEMIK Covid-19 belum menampakkan tanda jelas menuju kepada lingkungan mendatar dalam graf pesakit di negara ini. Ini memberi isyarat bahawa perang menentang virus penyebab Covid-19 masih belum betul-betul mencapai kemuncak.

Dalam tulisan minggu lalu, saya telah menyatakan selain gagal mengadakan polisi kesihatan yang berkesan pada Februari lalu, kegagalan kita bersedia lebih awal dengan fasiliti dan infra pemeriksaan juga menjadi punca kesukaran kerajaan hari ini.

Inilah kesukaran utama kerajaan. Kita berhadapan dengan kekangan untuk membuat ujian secara besar-besaran dan sekaligus membantu menghentikan rantaian penyebaran virus ini.

Data hingga Jumaat lalu menunjukkan 47,723 orang rakyat Malaysia disaring. Ini adalah peningkatan sekali ganda berbanding Jumaat sebelumnya. Namun jumlah ini masih sedikit dan kita masih berhadapan dengan 8,000 ujian belum selesai setiap hari.

Di bawah Menteri Kesihatan baharu, Datuk Seri Dr Adham Baba, kerajaan telah mewartakan 40 buah hospital sebagai fasiliti perawatan Covid-19 dan setakat ini 40 peratus kapasiti digunakan.

Dalam masa yang sama dua dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) telah ditukar kepada pusat kuarantin yang boleh memuatkan 604 orang pesakit pada satu-satu masa.

Masalah terbesar adalah bagaimana mahu percepatkan ujian saringan. Pelbagai ‘kit ujian pantas’ sedang dinilai bagi memastikan ia memberi keputusan yang tepat seperti ujian makmal.

Melihat kesukaran ini tidak mustahil kerajaan akan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari lagi dan berakhir pada 28 April 2020.

Selepas itu barulah PKP seluruh negara akan dimansuhkan dan diganti dengan PKP terhad kepada kawasan kritikal sahaja. Kita juga perlu bersedia dengan kemungkinan sekolah akan terus ditutup sehingga Aidilfitri akan datang.

Bagaimanapun, semua ini adalah kebarangkalian yang boleh berubah berdasarkan kemampuan kerajaan mengadakan saringan kepada kelompok yang lebih besar.

Tekanan

Melanjutkan tempoh PKP juga akan memberi pelbagai kesukaran lain kepada kerajaan. Kerajaan akan berhadapan lebih banyak permintaan daripada rakyat dan usahawan yang terjejas.

Lebih ramai rakyat akan mengalami tekanan emosi akibat hilang pekerjaan, tiada makanan dan terkurung terlalu lama dalam rumah. Ada yang membandingkan bantuan yang diberi kerajaan kita dengan negara maju lain.

Ada yang mula hilang sabar melihat kelembapan penyaluran bantuan. Jika keadaan ini tidak diurus dengan baik ia boleh mencetuskan ketidaktenteraman awam. Sebahagian rakyat mungkin akan mula melanggar PKP kerana terlalu lama berkurung dalam rumah.

Dalam masa yang sama rakyat juga harus menyedari kesukaran kerajaan. Kerajaan ini mewarisi satu keadaan yang bercelaru dan tidak bersedia untuk berhadapan dengan kemelesetan ekonomi dunia.

Apabila kerajaan lalu menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ia menyebabkan ekonomi negara terdedah kepada spekulasi harga minyak dunia.

Hari ini harga minyak dunia telah jatuh hingga AS$26 setong. Ini sekaligus menjejaskan pendapatan negara dengan teruk sekali. Justeru, membandingkan bantuan Malaysia dengan negara yang mengenakan GST/VAT sekitar 10-20 peratus adalah tidak adil.

Kerajaan pasti mahu memberi bantuan kepada rakyat sebanyak mungkin, namun ia juga ada kekangan kewangan terutama dari segi aliran tunai.

Aliran tunai kerajaan bukan isu baharu kerana sejak setahun lalu banyak pihak telah membangkitkannya kerana pembentangan belanjawan 2019 dan 2020 meletakkan sasaran harga minyak dunia melebihi AS$60 setong.

Dalam sebulan ini kita perlu sama-sama bersabar menunggu detik pemulihan negara. Semoga ALLAH membantu kita menyahkan Covid-19 dari muka bumi ini.

**Ab Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Agong Selesai Jalani Rawatan Intervensi dan Keracunan Makanan Di IJN

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah AlMusta’in Billah telah selesai menjalani rawatan...

Hormat Autonomi UMNO Sabah, Zahid Terima Perlantikan Ketua Menteri Dari Bersatu

CYBERJAYA: Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan hari ini, menghormati keputusan UMNO Sabah untuk menerima pencalonan pemimpin Bersatu...

TYT Serah Surat Jemputan Upacara Angkat Sumpah Kepada Hajiji (Video)

Kota Kinabalu - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hadir ke Istana Negeri petang ini. Hajiji yang berpakaian blazer, bersongkok dan berkemeja...