Orang lebih berminat dengan MN berbanding pengumuman PM – Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa orang ramai tidak berminat dengan pengumuman-pengumuman yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau sebaliknya mendakwa, orang ramai lebih berminat dengan Muafakat Nasional (MN) dan situasi politik Perlis.

“PMX umum macam-macam, tetapi nampaknya orang tidak kisah.

“Katanya mereka berminat Muafakat Nasional dan politik Perlis,” dakwa bekas Menteri Besar Perlis itu.

Hari ini Anwar mengumumkan beberapa perkara penting antaranya membabitkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara), Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Jualan Rahmah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat