KKDW Akan Jalin Inter Dan Intra-Kementerian Tangani Kos Sara Hidup, Sekuriti Makanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berikrar akan menangani kos sara hidup dan jaminan sekuriti makanan dengan melaksanakan inisiatif inter-kementerian dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif lain yang dirangka ialah melibatkan inisiatif intra-kementerian untuk mengurangkan potensi kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Dalam pada itu, Zahid berkata konsep Kemajuan Desa diperluaskan dan diberikan makna yang lebih sesuai.

“KKDW akan wujudkan masyarakat desa yang tidak lagi terpinggir (inklusif), komuniti desa yang maju dan mapan, supaya setiap individu dapat mencapai potensi penuh mereka dan diintegrasikan dalam proses kemajuan negara.

“Memperkasa masyarakat desa supaya berperanan aktif dalam membentuk dan membangunkan masa depan mereka sendiri bagi membolehkan desa Malaysia memiliki akses kepada pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan, peluang ekonomi dan infrastruktur terbaik selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals),” katanya ketika menyampaikan Amanat Tahun Baru 2023 pada Khamis.

Sehubungan itu, ujar beliau KKDW akan melaksanakan pelbagai usaha pemugaran (rejuvenation) dan rekayasa sosial (social engineering) agar faedahnya dapat dinikmati oleh warga desa dengan sebaik-baiknya.

Rencana lain yang dirancang KKDW ialah melaksanakan Aspirasi Desa Makmur bagi memastikan pengupayaan Desa secara radikal berdasarkan empat imperatif utama yang terkandung di dalam perkataan DESA.

“D untuk Data dan Digital,E untuk Ekonomi dan Ehsan, S untuk Sosial dan Sahsiah dan A untuk Akaliah dan Alam Sekitar.

“Pemantapan pengurusan data bagi tujuan pencernaan data terkini yang boleh digunakan bagi tujuan analisa dan membuat keputusan.

“Meningkatkan kapasiti dan kemahiran digital -sasarkan keterhubungan digital yang terbaik di seluruh kawasan desa terutamanya kawasan yang unserved dan underserved,”kata Zahid.

Pada masa yang sama, kata beliau lagi platform pemasaran digital produk berasaskan industri desa perlu ditambah baik untuk meningkatkan pendapatan usahawan luar bandar.

“Memperkasakan ekonomi desa dan mengatasi isu kesenjangan pendapatan, usaha-usaha perlu dilakukan bagi mengurangkan jurang pendapatan, kadar kemiskinan luar bandar dan pengangguran dalam kalangan siswazah di desa. Kemajuan dan potensi ekonomi desa perlu ditingkatkan berdasarkan kebitaraan tempatan.

“Memajukan industri dan ekonomi desa sebagai pemangkin ekonomi baru Malaysia, terutamanya dalam industri primer dan hiliran.

“Elemen Sosial dan Sahsiah perlu diterapkan bagi membina kapasiti dan kepimpinan belia desa dengan memperkenalkan program kerohanian dan budaya yang inovatif serta mengiktiraf dan memperkasa peranan NGO-NGO desa,” jelas Zahid lagi.

Pembangunan akaliah dan kepakaran anak-anak desa terutamanya generasi pelapis Ini bermakna ‘core business’ KKDW menerusi agensi- agensinya seperti MARA akan memastikan perlaksanaan program- program TVET, latihan dan pendidikan sentiasa disemak dan dianjak selaras dengan keperluan masa hadapan, kata beliau.

Sementara itu tambah Zahid, aspek kelestarian alam sekitar- setiap program, dasar dan projek pembangunan akan sentiasa memastikan aspek kelestarian dan pemeliharaan alam semulajadi tidak diketepikan.

Justeru katanya, aspirasi “Desa Makmur” akan dilibatkan di seluruh komuniti desa dalam penggubalan dan pelaksanaan polisi, termasuk memastikan tadbir urus terbaik dalam pentadbiran Kementerian dan setiap agensi di bawahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat