HONOR X9a 5G mula dijual di seluruh negara 6 Januari ini pada harga RM1,499!

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 4 Januari 2023 – HONOR Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran HONOR X9a 5G. Edisi terbaharu Siri HONOR X ini mengetengahkan visual dan prestasi terbaik dengan Paparan Melengkung OLED Ultra Kukuh, 2 hari jangka hayat bateri serta storan dan RAM 13+256GB. HONOR turut mengumumkan HONOR X7a yang mempunyai kapasiti bateri 6000mAh dengan jangka hayat bateri selama 3.5 hari.

HONOR X9a 5G sedia untuk membuka ciri-ciri flagship ini dengan lebih luas kepada pengguna di seluruh dunia. HONOR X9a 5G dijual pada harga mampu milik dan akan mula dipasarkan di seluruh negara pada 6 Januari 2023. Sempena jualan bermula, HONOR Malaysia menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM418 yang termasuk fon putik telinga Pembatalan Hingar Aktif Ultra HONOR CHOICE Earbuds X3 dan juga perlindungan retak skrin selama 180 hari.

Skrin Melengkung OLED Ultra Kukuh dengan Pengalaman Premium

Skrin Melengkung OLED Ultra Kukuh HONOR X9a 5G diperbuat daripada kaca Super Reinforced setebal 0.65mm yang direka khas untuk telefon pintar HONOR. Kaca ini lebih kukuh dan tahan jatuh berbanding kaca 0.55mm yang biasa digunakan dalam pasaran.

Peranti ini dilengkapi Skrin Melengkung OLED 6.67 inci dengan lengkung 45°.  Yang pasti, peminat sudah tidak sabar memiliki HONOR X9a yang didatangi skrin melengkung dengan ciri premium ini kerana memberi rasa mewah yang memuaskan. Pengguna diberi pengalaman menonton filem dan melayari mengasyikkan menerusi paparan warna 1.07 bilion yang menyerlahkan setiap warna.

Tontonan skrin di bawah cahaya matahari lebih jelas dengan kecerahan sehingga 800nit, ditambah lagi dengan kadar segar semula skrin 120Hz dan kadar persampelan sentuh 300Hz menjadikan HONOR X9a 5G salah satu terbaik dalam kelas tersendiri.

Selain paparan melengkung astetik HONOR X9a 5G, peranti ini dilengkapi Tahap Perkakasan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland dan teknologi pemalapan PWM berfrekuensi tinggi 1920Hz yang mengurangkan kelipan skrin dan keletihan mata dengan berkesan, walaupun di persekitaran gelap. Peminat HONOR boleh menonton dan gaming tanpa berhenti menggunakan skrin besar berdefinisi tinggi.

Bateri Tahan Lama Dalam Badan Nipis Luar Biasa

Selari dengan misi Siri HONOR X untuk meningkatkan kebolehcapaian teknologi HONOR, kamera HONOR X9a 5G diberikan reka bentuk bulat, sama dengan Siri Magic iaitu Matrix Star Ring di bahagian belakang. Disusun bersama Matrix Star Ring adalah sistem tiga kamera yang terdiri daripada 64MP Kamera Utama Ultra Jelas, 5MP Kamera Sudut Lebar dan juga 2MP Kamera Makro.

Meskipun HONOR X9a 5G mempunyai kenipisan 7.9mm dan berat 175 gram, peranti ini menampilkan kapasiti bateri besar 5100mAh. Dengan sekali cas sahaja sudah mencukupi untuk 29 jam menstrim YouTube Music, 24 jam menstrim YouTube, 19 jam melayari TikTok, sehingga 21 jam melayari media sosial atau 11 jam gaming.

Selain itu, HONOR X9a juga menerima DXOMARK Gold Label, sekaligus memberi pengalaman terbaik dalam kelas di kedudukan global bateri DXOMARK. HONOR X9a terbaik untuk pengguna yang aktif menggunakan peranti mereka sepanjang hari, kini mereka tidak perlu bimbang bateri cepat habis. Dalam tempoh 30 minit pengecasan sudah mencukupi untuk 12.5 jam penstriman video.

Pengalaman Lancar dengan HONOR RAM Turbo

HONOR X9a 5G dikuasakan dengan Cip Qualcomm® Snapdragon® 695 5G terkini untuk memberi prestasi mantap terhadap produktiviti dan aplikasi hiburan. Pengalaman pengguna dipertingkatkan lagi dengan HONOR RAM Turbo yang membolehkan peranti ini secara pintar mengoptimumkan sebahagian daripada storan sebagai RAM bagi membolehkan lebih banyak aplikasi aktif untuk berbilang tugas dengan lebih cekap.

HONOR X9a 5G dikendalikan dengan Android 12 menerusi sistem operasi Magic UI 6.1 selain dimuatkan Anti-aging Engine yang mengurangkan kemerosotan prestasi peranti ini untuk memastikan pengalaman pengguna yang pintar dan konsisten.

Membanggakan apabila HONOR X9a 5G menjadi telefon pintar pertama dalam Siri HONOR X yang menyokong Kolaborasi Multi-skrin bagi membolehkan peranti ini dihubungkan ke komputer riba HONOR untuk tugasan yang cekap. Dengan Kolaborasi Multi-skrin dan HONOR Share dalam HONOR X9a 5G memudahkan pindahan fail dengan cepat antara peranti HONOR seperti telefon pintar, komputer riba dan tablet.

Dapatkan HONOR X9a 5G bersama hadiah bernilai sehingga RM418

HONOR X9a 5G ditawarkan pada harga RM1,499 dan boleh didapati mulai 6 Januari 2023. Peranti ini didatangi dalam tiga warna pilihan iaitu Titanium Silver, Emerald Green dan Midnight Black. Dapatkan HONOR X9a 5G di Kedai HONOR, laman web hihonor.com, HONOR TikTok Shop, Shopee HONOR Official Store, Lazada HONOR Flagship Store dan pengedar sah HONOR.

Bawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM418 yang termasuk fon putik telinga Pembatalan Hingar Aktif Ultra HONOR CHOICE Earbuds X3 dan juga perlindungan retak skrin selama 180 hari.

Untuk maklumat lanjut, sila layari kedai dalam talian HONOR di https://bit.ly/HONORX9aPR

HONOR X7a – Jangka hayat panjang bateri sehingga 3.5 hari untuk pengalaman pengguna luar biasa

Selain HONOR X9a 5G, HONOR Malaysia turut memperkenalkan ahli baharu Siri X iaitu HONOR X7a yang mempunyai jangka hayat bateri panjang luar biasa dan perkakasan berkuasa untuk pengalaman penggunaan yang lancar sepanjang hari.

HONOR X7a dimuatkan dengan bateri tahan lama 6,000mAh, sistem Kamera Kuad Ultra Jelas 50MP dan penstoran 128GB. Dengan teknologi HONOR Smart Power Saving untuk mengurangkan penggunaan kuasa, HONOR X7a membolehkan sehingga 42 jam melayari media sosial, 34 jam panggilan telefon atau 29 jam menstrim muzik, semua ini tercapai dengan pengecasan penuh bateri. Ini bermakna, HONOR X7a mampu bertahan sehingga 3.5 hari dengan hanya sekali pengecasan penuh. Pencapaian hebat ini turut melayakkan HONOR X7a menerima pengiktirafan DXOMARK Gold Label.

HONOR X7a mula dijual pada 6 Januari 2023 pada harga mampu milik RM799. Dapatkan HONOR X7a bersama hadiah percuma bernilai sehingga RM168 termasuk Mug vakum dan lanjutan jaminan setahun.

HONOR CHOICE Earbuds X3 – Nikmati pengalaman audio mengasyikkan

Fon putik telinga HONOR CHOICE Earbuds X3 hadir dengan pembatalan hingar aktif sehingga 40db yang memberi pengguna pengalaman pembatalan hingar penuh ketika melakukan aktiviti seharian seperti bekerja, belajar, bersukan dan berhibur.

Dengan kapasiti bateri 500mAh, pengguna tidak perlu bimbang masalah bateri cepat habis kerana HONOR Choice Earbuds X3 mampu bertahan selama 36 jam. HONOR CHOICE Earbuds X3 dijual pada harga RM249 dan didatangkan dengan ciri sambung dwi-peranti untuk membolehkan sambungan dengan dua peranti serentak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat