Shahrir Bebas, Pendakwaraya Tarik Pertuduhan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan supaya Tan Sri Shahrir Ab Samad dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada Datuk Seri Najib Razak melalui sekeping cek kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan pihak pendakwaan untuk tidak meneruskan kes tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi memohon untuk membebas Shahrir tanpa melepaskan (DNAA).

Bagaimanapun peguam bekas Pengerusi FELDA itu memohon kes digugurkan dilepaskan dan dibebaskan (DAA) dari pertuduhan itu.

DAA bermakna dia tidak lagi boleh didakwa di mahkamah atas kesalahan sama.

Jika hakim membuat keputusan DNAA ia akan membolehkan tertuduh boleh didakwa semula atas kesalahan sama pada masa akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat