Banjir Atau Tidak, PRU-15 Boleh Terus Diadakan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berpendapat, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) boleh diadakan sama ada berlaku banjir atau tidak.

Mengimbau kembali semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, Mohd Sharkar berkata bekas perdana menteri itu pernah mengadakan pilihan raya umum pada bulan November 1999 dan ketika itu tiada bencana banjir berlaku.

“Kadang-kadang kalau kita buat PRU bulan Ogos pun, mungkin ada banjir juga, jadi kita tak tahu, mungkin banjir di sini tetapi mungkin tidak banjir di Pulau Pinang, mungkin di Perak tak banjir.

“Banjir ini bergantung kepada Monsun Timur Laut, Barat Daya, kalau bulan November-Disember melibatkan Pantai Timur tetapi di Pantai Barat belum tentu banjir lagi.

“Kita tak tahu lagi, ada yang kata banjir, ada yang kata tak banjir, jadi banyak pandanganlah, banyak pendapat, dulu dia cakap tak banjir tapi banjir, ada sekali dia cakap banjir besar tapi tak banjir, ini semua ramalan,” katanya menurut laporan Malaysiakini.

Selain itu, Mohd Sharkar yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh berkata, partinya hanya ingin mengembalikan hak memilih kepada rakyat agar sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk.

ADUN Lanchang itu bagaimanapun berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan serta kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan berhubung tarikh sebenar pilihan raya umum.

“Kita serahkan kepada pucuk pimpinan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong menentukan, sama ada kita nak ‘election’ atau tak ‘election’ dan kalau nak ‘election’ kita sentiasa bersedia,” katanya lagi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika membaca kenyataan media selepas mesyuarat MKT pada 30 September lalu berkata, PRU-15 perlu diadakan pada tahun ini dan ketetapan itu dipersetujui hasil mesyuarat dihadiri semua pemimpin utama parti itu.

Ahmad berkata susulan keputusan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat