Zahid Mahu Moratorium Dilanjutkan Hingga Akhir Disember 2020

- Advertisement -

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Daruk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa Kerajaan melanjutkan tempoh moratorium automatik selama tiga bulan lagi.

Ahmad Zahid Hamidi dalam catatan Facebooknya menulis, “Umno meminta kerajaan mempertimbangkan lanjutan moratorium automatik bermula Oktober sehingga Disember 2020.”

Ahmad Zahid turut berharap kerajaan akan mengarahkan bank menangguh prosiding lelongan dan pengisytiharan muflis terhadap mereka yang tidak mampu membayar pinjaman atas sebab-sebab tertentu, seperti tiada kerja dan tiada tempatan.

“Prosiding lelongan dan prosiding lain terhadap peminjam hanya boleh (wajar -ed.) dibuat selepas 6 bulan atau satu tahun tempoh moratorium tamat.”

“Bank di negara ini perlu prihatin terhadap masalah golongan yang benar-benar terkesan akibat Covid-19 dan mempertimbangkan tindakan mereka berdasarkan kesan penularan wabak yang serius ini,” katanya.

Pada Mac lalu, Kerajaan telah memperkenalkan moratarium atau penangguhkan pembayaran balik pinjaman termasuk gadai janji dan sewa beli untuk tempoh enam bulan dan akan berakhir hujung September lepas bagi mengurangkan beban perniagaan dan isi rumah yang terkesan oleh penularan Covid-19.

Pada akhir September lepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan tiada lanjutan tempoh moratorium penuh namun akan menyarakan bank memperkenalkan moratarium secara bersasar selama tiga bulan lagi mengikut kes.-Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat