Keputusan Ahli Parlimen Barisan Nasional Kekalkan Kerajaan Adalah Langkah Terbaik Untuk Negara

- Advertisement -

Tindakan 35 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga akhir penggal adalah satu keputusan yang mengambil kira kepentingan parti dan rakyat keseluruhan

Dalam keadaan jangkitan pandemik Covid-19 mencecah ribuan angka setiap hari, jumlah vaksinasi belum mencapai 60%, usaha menjatuhkan kerajaan adalah sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat keseluruhannya.

Sudah tentu sebahagian ahli UMNO melihat menjatuhkan kerajaan adalah wajar kerana UMNO bukanlah peneraju kerajaan. Namun rakyat di luar sana yang tidak bersangkut dengan ketaksuban kepada parti akan melihat langkah UMNO ini satu tindakan yang merosakkan negara.

Memang benar rakyat marah kepada kerajaan. Rakyat marah kepada Perdana Menteri, Rakyat sepakat menggunakan trending #kerajaangagal.Rakyat marah kerana mereka mahu kerajaan ini melakukan dengan lebih baik. Ini adalah perkara normal dalam keadaan tertekan.

Namun sebaik sahaja kerajaan ini jatuh dan negara mengalami krisis kepimpinan, rakyat akan menunding jari dan menghukum pihak yang dilihat sebagai penyebab krisis dan ketidaktentuan ini.

Ketika DAP menyatakan mereka tidak akan menjatuhkan kerajaan dalam keadaan Covid-19 masih berleluasa, UMNO pula beriya-riya mahu menjatuhkan kerajaan. Antara alasan yang diberikan UMNO begitu rapuh ialah mahu dilihat pro kepada Istana dan rakyat, akan tetapi secara matemetiknya tidak berasas sama sekali.

Tindakan UMNO keluar dari kerajaan seperti yang dicadangkan oleh Ahmad Zahid mungkin boleh menggugat kedudukan Muhyiddin mungkin juga tidak. Namun ia menyebabkan tiga kementerian penting era pandemik iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Invosi (Mosti) dan Menteri Kanan Kluster Keselamatan menjadi kosong.

Sudah tentu kekosongan ini boleh diisi kemudian namun ia akan pasti menjejaskan banyak perkara dalam hala keselamatan rakyat, perkhidmatan kesihatan untuk rakyat dan vaksinasi.

Apakah rakyat akan sokong keputusan ini? Jangan nanti yang menyokong hanya penyokong taksub pemimpin UMNO tertentu dan penyokong Pakatan Harapan.

Langkah 35 Ahli Parlimen BN ini harus dilihat menyelamatkan parti dari dikecam oleh rakyat dan juga terkeluar dari kerajaan.

Sebahagian ahli UMNO yang mengecam Ahli Parlimen BN mungkin tidak sedar bahawa UMNO hanya mempunyai 38 kerusi Parlimen tidak berupaya menerajui kerajaan secara bersendirian.
Dalam masa yang sama tindakan UMNO keluar PN tidak memastikan Perikatan Nasional tumbang.
Apa akan berlaku sekiranya MT UMNO menarik sokongan terhadap Kerajaan PN pada 7/7 nanti? Apakah Muhyiddin akan jatuh?

Jika dilihat dari sudut Istana, ketika perjumpaan YDP Agong bersama pemimpin-pemimpin parti politik dua minunggu lalu, nyata dokumen SD sokongan tidak lagi menjadi satu “kepercayaan” Baginda. Tampak Baginda mahukan Parlimen menjadi medan bagi mana-mana pemimpin membuktikan sokongan yang dimiliki.

Realitinya Kerajaan PN tidak akan jatuh walaupun mereka kalah dalam pembentangan ordinan darurat Julai ini. Ia hanya kekalahan moral.

Kerajaan hanya boleh jatuh sekiranya mereka gagal mendapat undian dalam pembentangan belanjawan nanti.
Dari segi matematik, gabungan PN-GPS akan mempunyai 68 kerusi. 4 Ahli Parlimen dari komponen BN telah membuat keputusan tidak akan meninggalkan kerajaan.

Dalam masa yang sama tindakan UMNO meninggalkan kerajaan akan membolehkan kumpulan Tun Dr Mahathir dan Warisan menyokong kerajaan PN. Kedua-dua kumpulan ini tidak menyertai PN kerana tidak mahu dikaitkan dengan pemimpin UMNO tertentu.

Kumpulan Dr Mahathir mempunyai 4 kerusi, Warisan 8 dan Muda 1. Sebaik UMNO keluar kumpulan ini akan menyertai PN membentuk jumlah 81 kerusi (PN 68, BN 4, Pejuang 4, Warisan 8, Muda 1).
Jika anda google sahaja berita mengenai DAP ialah mereka telah beberapa kali memberi komitmen tidak akan menjatuhkan kerajaan PN dalam sidang Parlimen akan datang. DAP mempunyai 42 kerusi Parlimen.
Kenyataan DAP ini bukan setakat retorik politik.

Sebaliknya 30 orang Ahli Parlimen DAP dikatakan telah menandatangani satu perjanjian sulit (CSA) untuk terus menyokong kerajaan ini tanpa perlu berada dalam kabinet. Perjanjian sulit ini dikatakan membabitkan penambahan peruntukan Parlimen sama seperti Ahli Parlimen kerajaan.

DAP berpendapat mereka tidak boleh menjatuhkan kerajaan dalam masa pandemik kerana ia boleh menimbulkan ketidakstabilan politik sekaligus menimbulkan kemarahan pengundi Cina.

Justeru apakah tindakan 35 orang Ahli Parlimen BN ini kekal dalam kerajaan satu pengkhianatan kepada parti? Sedangkan jika mereka keluar lebih banyak keburukan kepada rakyat, UMNO dan BN.

Jika mereka keluar UMNO akan kembali menjadi pembangkang, jika kerajaan tidak jatuh. Apa faedah kepada parti dan rakyat?

Jika kerajaan jatuh, UMNO juga tidak akan menjadi Perdana Menteri kerana hanya Anwar Ibrahim menguasai kerusi setara dengan PN. Apa faedah kepada UMNO jika Anwar menjadi PM?

Jika kerajaan jatuh dan mewujudkan ketidakstabilan politik, UMNO juga akan dipersalahkan rakyat.

Jika ketidakstabilan politik menyebabkan Pilihan Raya Umum dan kita mengulangi trgaedi PRN Sabah, UMNO juga akan dinyah oleh rakyat nanti.

Jadi setelah semua tuntutan UMNO kepada kerajaan dipenuhi, tidak ada sebab UMNO mahu menarik diri dan menjerumuskan parti kepada kebencian rakyat.

Dakwaan Ahli Parlimen UMNO ini mengenepikan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 juga tidak betul.
Usul bertulis yang dibahas dan disokong oleh perwakilan UMNO ialah menolak sebarang kerjasama dengan Anwar dan DAP dan memutuskan kerjasama dengan PPBM sebaik Parlimen dibubarkan.

Kuasa memutuskan lebih awal ini hanya muncul dalam ucapan penggulungan Presiden UMNO dan tidak sewajarnya dianggap usul yang sah dan rasmi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat