Sidang Parlimen Kejayaan Tuntutan UMNO, Tiada Keperluan Tarik Diri Lagi

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pengumuman kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen sebelum 1 Ogos 2021 merupakan satu kejayaan kepada perjuangan kepimpinan UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Sejak beberapa beberapa bulan lalu, kedua-dua pemimpin UMNO ini telah menuntut diadakan sidang Parlimen secara segera bagi membincangkan isu-isu berkaitan pandemik Covid-19 termasuk program imunisasi dan bantuan kepada rakyat.

Saranan ini turut mendapat perhatian Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Malahan mesyuarat Biro Politik UMNO 20 Jun lalu turut memberi notis 14 hari kepada Kerajaan supaya menentukan tarikh sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos seiring dengan pandangan YDP Al-Sultan Abdullah.

Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan tarikh tepat persidangan akan dimuktamadkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri aada 7 Julai ini.

Menurut Takiyuddin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis Parlimen telah memaklumkan kepadanya untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos ini.

Dengan pengumuman ini, tiada keperluan lagi untuk UMNO menarik diri dari kerajaan pada 1 Ogos 2021 nanti seperti yang dirancang oleh Presiden UMNO.

Majlis Tertinggi UMNO juga perlu menghentikan sebarang usaha untuk membuat keputusan mengarah Ahli Parlimen UMNO menarik diri dari kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) berikutan segala tuntutan UMNO termasuk pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium telah dipenuhi.

Setelah semua tuntutan ini dipersetejui kerajaan UMNO mungkin perlu menilai semula keputusan mahu menarik diri dari kerajaan kerana ia mungkin mengakibatkan imej buruk di mata rakyat. Rakyat akan melihat UMNO sebagai parti yang tidak boleh bertolak ansur dan rakus kuasa walaupun dalam keadaan negara dilanda musibah pandemik Covid-19.-SUARATV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat