Ahmad Zahid Bersyukur, Keputusan Tak Rasmi BN Menang Lebih Besar Di PRK Chini

- Advertisement -

CHINI – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa syukur dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Ia dikuatkan lagi apabila semua pemimpin BN dilihat mula berkumpul di Bilik Gerakan BN Paloh Hinai bagi meraikan kemenangan itu.

“Mengikuti keputusan tidak rasmi PRK N23 DUN Chini di CC BN,” katanya di Facebook.

Status itu dimuatkan Ahmad Zahid kira-kira jam 8 malam tadi.

Mengikut keputusan tidak rasmi, buat masa ini calon BN Mohd Sharim Md Zain memperoleh lebih 11,000 undi manakala calon bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin memperoleh lebih 1,000 undi.

Seorang lagi calon bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli cuma memperoleh 200 lebih undi.

Jumlah pengiraan undi rasmi masih berjalan buat masa ini.

Di paparan SPR di luar dewan, keputusan rasmi yang dikeluarkan SPR memihak kepada Mohd Sharim dengan 8,130 undi buat masa ini.

Manakala Zainul Hisham memperoleh 698 undi dan Mohd Shukri pula hanya memperoleh 89 undi.

Jumlah itu setakat pengiraan terhadap 42 peti undi yang diterima SPR setakat ini.

Keputusan rasmi dijangka akan diumumkan jam 9 malam ini oleh Pegawai Pengurus PRK, Datuk Zaliza Zulkipli.

Nota: Pada PRU14 yang lalu, BN menang DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi.
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat