Tidak Rasmi: BN Mendahului Keputusan PRK Chini Dengan Majoriti 12,041 Undi

- Advertisement -

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan setakat 8 malam ini, calon BN, Mohd Sharim Md Zain, 41, mendahului Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dengan memperoleh majoriti 12,041.

Berdasarkan portal rasmi SPR, keputusan tidak rasmi menunjukkan Mohd Sharim memperoleh 13,198 undi, manakala calon Bebas, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, beroleh 1,157 undi dan seorang lagi calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, hanya mendapat undi 133 undi.

SPR memaklumkan sebanyak 74 peratus daripada 20,816 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab itu di 13 pusat mengundi yang dibuka bermula 8 pagi hari ini.

PRK ini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan yang pertama buat Perikatan Nasional (PN) selepas mengambil alih kepimpinan negara daripada Pakatan Harapan (PH) pada Mac lalu.

PRK DUN Chini turut mencatat sejarah sebagai pilihan raya berlangsung dalam kebiasaan baharu yang membabitkan pelbagai perubahan dibuat susulan pandemik Covid-19.

Nota: Pada PRU14 yang lalu, BN menang DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi.
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat