Pemandu Dipercayai Mabuk Pandu Lawan Arus Maut Kemalangan Dengan Lori

realme Lancar Watch S Pro, Jam Tangan Pintar Yang Ranggi Dan Praktikal

Mulai memasuki pasaran Malaysia dengan menawarkan telefon pintar berbaloi dan mampu milik, realme kini nampaknya semakin melebarkan jaringan produk yang ditawarkan dengan penawaran jam...

Ahmad Zahid kongsi minat motosikal legend

KUALA LUMPUR – Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 membuatkan orang ramai banyak masa luang, tidak ketinggalan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Bermula Hari Ini, Burger King Malaysia Mahu Beri 5 Unit PlayStation 5 Buat Para Pelanggan

Akhirnya saat-saat yang dinantikan telah tiba, Burger King bakal memberikan peluang untuk anda menangi PlayStation 5 (PS5) secara percuma. Bukan 1 tapi 5 unit...

Wawa Zainal, tiga anak negatif Covid-19

Kuala Lumpur: Pelakon, Wawa Zainal bersyukur apabila ujian saringan Covid-19 bersama tiga anaknya disahkan negatif, hari ini. Wawa berkata, keputusan itu diperoleh selepas membuat ujian...

PKP: Produksi drama Angkara Cinta ‘sangkut’ di Ipoh

Kuala Lumpur: Pasukan produksi dan pelakon drama Angkara Cinta mengambil keputusan untuk kekal berada di Ipoh, Perak sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di...

Pegawai pemasaran yang memandu melawan arus dipercayai akibat mabuk maut kemalangan di susur Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menghala ke Subang, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, kemalangan berlaku jam 2 pagi membabitkan Perodua Myvi dipandu mangsa berusia 25 tahun dengan lori dipandu lelaki berusia 45 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila kereta dipandu mangsa secara melawan arus merempuh lori ketika melalui susur terbabit.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azman berkata, mangsa dipercayai mengambil minuman keras berdasarkan bau dikesan ketika siasatan.

“Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat. Sampel darah mangsa juga diambil untuk ujian dadah dan alkohol.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Saya Akan Akan Cabar Proklamasi Darurat Di Mahkamah – Anwar Ibrahim

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mencabar Proklamasi Darurat  yang telah diwartakan kerajaan di mahkamah. Katanya, baru-baru ini beliau telah mengumumkan tentang...

Berita Berkaitan

Ahmad Zahid kongsi minat motosikal legend

KUALA LUMPUR – Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 membuatkan orang ramai banyak masa luang, tidak ketinggalan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid...

PKP dah cuti tak perlu cuti Thaipusam

KUALA LUMPUR- Semalam Menteri Besar Kedah dikecam gara-gara membuat keputusan tiada cuti peristiwa pada perayaan Thaipusam pada 28 Januari ini. Susulan bidasan orang ramai itu,...

Ujian RTK-Ag perlu dijalankan seminggu selepas muncul gejala – Ketua Pengarah Kesihatan

KUALA LUMPUR, 22 Jan -- Penggunaan kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) COVID-19 perlu dikendalikan oleh individu terlatih, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr...