Mahathir Gesa Pengundi Pilih Calon Bebas Di PRK Chini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menyeru pengundi DUN Chini supaya memilih calon bebas, Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

“PPBM tidak meletakkan calon tapi saya seorang sokong calon ini,” katanya di Facebook hari ini.

Mahathir, yang juga bekas pengerusi PPBM berkata Tengku Zainul yang juga bekas ahli PPBM patut diberikan undi kerana merupakan seorng calon yang paling sesuai.

Keahlian PPBM Tengku Zainul terhenti serta-merta semalam kerana bertanding tanpa kebenaran parti itu.

PRK Chini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Tengku Zainul, yang berdepan dengan calon Barisan Nasional, Mohd Shahrim Md Zin dan seorang lagi calon bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli.

DUN Chini dilaporkan mempunyai 20,990 pengundi.

PRK ini menyusuli kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun dari BN akibat serangan jantung pada 6 Mei.

Abu Bakar mempertahankan kerusi Chini pada pilihan raya umum ke-14 dengan majoriti 4,622 undi, menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang memperoleh 5,405 undi, dan calon PKR, Mohamad Razali Ithnain (1,065).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat