4,700 penggiat seni dilindungi PERKESO, termasuk 200 artis veteran -Fahmi

KUALA LUMPUR -Seramai 4,700 penggiat industri kreatif, termasuk 200 artis veteran, kini menikmati perlindungan keselamatan sosial menerusi kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tempoh 2024 hingga 2026.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu membuktikan komitmen kerajaan memastikan kebajikan penggiat industri kreatif tidak terabai, termasuk golongan yang bekerja di belakang tabir.

Menurutnya, perlindungan sosial perlu diperluas kepada semua lapisan penggiat industri berkenaan dan tidak hanya tertumpu kepada artis yang berada di hadapan kamera.

“Kebajikan penggiat industri kreatif yang bekerja di belakang tabir juga mesti dilindungi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fahmi berkata, kerjasama FINAS-PERKESO itu turut membuka ruang lebih luas kepada penggiat industri kreatif untuk mendapatkan perlindungan sosial, sedangkan pada 2022 belum ada inisiatif khusus bagi menaja caruman PERKESO untuk golongan berkenaan.

Pada April 2024, FINAS mengumumkan tajaan RM104,850 bagi caruman di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO, yang memberi manfaat kepada 4,500 penggiat industri kreatif.

Inisiatif itu dilaksanakan menerusi kerjasama Kementerian Komunikasi dan Kementerian Sumber Manusia.

SKSPS menyediakan perlindungan kepada individu bekerja sendiri daripada risiko kecederaan berkaitan pekerjaan, termasuk kemalangan dan penyakit pekerjaan.

Perlindungan itu turut merangkumi faedah perubatan, hilang upaya sementara dan kekal serta faedah kepada orang tanggungan sekiranya berlaku kematian akibat bencana pekerjaan.

Usaha berkenaan dilihat sebagai langkah memperkukuh jaringan keselamatan sosial bagi memastikan penggiat industri kreatif turut mendapat perlindungan ketika berdepan risiko pekerjaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat