PKPD Di Bandar Bentong dan Beberapa Lokaliti Di Perak, Sabah Mulai 6 Jun – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bandar Bentong, Pahang dan beberapa lokaliti di Perak dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 6 hingga 19 Jun.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD di Perak melibatkan daerah Kinta, Kerian, Manjung, Larut, Matang dan Selama serta Hulu Perak.

PKPD di daerah Kinta melibatkan Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, Mukim Ulu Kinta; Kerian (Taman Kerian Tambahan, Parit Buntar) manakala daerah Manjung membabitkan tiga perkampungan di Batu 9 Lekir, Mukim Lekir iaitu Kampung Tanjung Kepah, Kampung Batu 9 dan Kampung Sungai Lombong.

“PKPD di daerah Larut, Matang dan Selama pula melibatkan Taman Berkat, Mukim Matang manakala di Hulu Perak membabitkan dua kampung dalam Mukim Pengkalan Hulu iaitu Kampung Air Panas dan Kampung Kuak Luar, serta dua kampung di Mukim Kerunai iaitu Kampung Alai dan Kampung Baharu,” katanya dalam kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD di sini hari ini.

Beliau berkata PKPD di Sabah pula melibatkan tiga kampung di daerah Papar (Kampung Gusi Kinarut, Kampung Tengah Kinarut dan Kampung Benoni) serta masing-masing satu lokaliti di Sandakan (Lorong Ulu Sibuga 5 & 9, Fasa 7 Taman Mawar); Kota Kinabalu (Taman Wangsa, Jalan Telipok); dan Kudat (Kampung Perpaduan, Pulau Banggi).

Ismail Sabri berkata PKPD di bandar Bentong, Pahang pula merangkumi Kampung Chamang Lama/Baru, Taman Bukit Chamang, Kawasan Perindustrian Bentong, Kampung Baru/Taman Saga/Taman Bukit Indah, Kampung Sungai Marong, Taman Bukit Bentong, Taman Hussin/Taman Syahbandar, Kampung Perting/Kampung Kemansur/Kampung Kuala Repas, Bentong Heights, Rumah Murah Batu 1/PPRT Batu 1, Taman Bentong Makmur, Taman Harmoni, Taman Kolej dan Taman Desa Damai.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat peningkatan kes COVID-19 yang amat ketara di lokaliti terbabit, maka pelaksanaan PKPD ini memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes COVID-19, supaya dapat diasingkan secepat mungkin.

“Ini juga memudahkan KKM menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko, ke lokaliti lain,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan kerajaan bersetuju menamatkan PKPD lebih awal daripada dijadualkan di dua rumah panjang di Mukah iaitu Rumah Panjang Nyalu Anak Francis dan Rumah Panjang Nyalu, Jalan Mukah-Selangau, serta Felda Kahang Timur, Kluang di Johor, esok.

“Kerajaan juga bersetuju menamatkan PKPD di Asrama Pekerja Kilang Oceanic Fabric Mill dan Asrama Pekerja Kilang Purnabina di Kluang, Johor pada 5 Jun, seperti yang dijadualkan,” katanya.

Kawasan lain yang ditamatkan PKPD mengikut jadual esok adalah Kampung Lubok Redan, Alor Gajah (Melaka); Kampung Batu Muda Tambahan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau (Kuala Lumpur); Kampung Paya Ular, Kampung Bechah Palas dan Kampung Tualang di Mukim Bunut Susu, Pasir Mas (Kelantan); serta Kampung Pagar Sungai Imam, Tawau (Sabah).

Beliau berkata penamatan PKPD di kesemua lokaliti itu dibuat setelah KKM mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal, manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

Mengenai operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP, Ismail Sabri berkata 946 individu ditahan semalam dengan 924 dikompaun manakala 22 lagi direman, dengan kesalahan tertinggi tidak memakai pelitup muka (237), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran dan makan di premis (186), gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (160) serta tiada penjarakan fizikal (156). – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat