KPNDHEP Denda 8 Peniaga Warga Pakistan Letak Harga ‘Cekik Darah’

PGA9 Rampas 40 Kambing Seludup

TUMPAT: Kelibat beberapa individu sedang memindahkan sesuatu objek ke dalam lori, rupanya penyeludup sejumlah kambing yang baharu dinaikkan ke tebing sungai. Intipan dibuat sepasukan anggota...

Pusat Penilaian COVID-19 Selaras Hospital Awam, Swasta Dijangka Mula Operasi Minggu Depan

PUTRAJAYA: Pusat penilaian COVID-19 dijangka memulakan operasi minggu depan untuk menyelaras serta mengintegrasi hospital awam dan swasta dalam menguruskan kes pandemik berbahaya itu di...

4 Beradik Larikan Mayat Bapa Dikhuatiri Pesakit COVID-19 Ditahan

LAHAD DATU: Empat beradik yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang dikhuatiri positif COVID-19 dari Hospital Lahad Datu ditahan polis di sebuah rumah di...

AirAsia Mahu Kumpul RM454.51 Juta Melalui Tawaran Saham Persendirian

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd bercadang untuk melaksanakan tawaran saham persendirian sehingga 20 peratus daripada 3.34 bilion saham sedia ada bagi mengumpul kira-kira RM454.51...

Vaksinasi COVID-19 Penting Untuk Selamatkan Nyawa

KUALA LUMPUR - Vaksin COVID-19 amat penting dalam mengurangkan kadar kematian dan morbiditi pandemik itu, terutama dalam kalangan warga emas dan kumpulan yang berisiko...

Lapan pemilik perniagaan bukan warganegara dikenakan tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan kerana dikesan melakukan beberapa kesalahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 hingga 4 yang bermula sejak 18 Mac lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, enam pemilik perniagaan warga Pakistan itu dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah RM6,000 atas kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP2011) kerana gagal mempamerkan tanda harga pada barangan dijual.

“Dua lagi peniaga yang juga warga Pakistan masing-masing masih dalam siasatan bagi kesalahan menjual gas cecair petroleum (LPG) atau gas memasak tanpa lesen mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB1961) serta Akta Perlindungan Pengguna 1999 (APP1999) kerana kesalahan memberi gambaran harga mengelirukan kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, daripada pemantauan dan pemeriksaan dilakukan KPDNHEP Kelantan ke atas 10,557 premis perniagaan termasuk pemborong di negeri itu setakat ini, sebanyak 21 premis perniagaan runcit dikesan dimiliki oleh bukan warganegara.

“Namun kita percaya jumlahnya lebih banyak lagi. Justeru, penguat kuasa KPDNHEP akan terus mempergiatkan usaha memantau dan melakukan pemeriksaan secara berterusan demi menjaga kepentingan pengguna,” katanya.

Beliau berkata, isu peniaga runcit dan borong bukan warganegara bukan saja berlaku di Kelantan, tetapi juga di seluruh negara dan penguatkuasa KPDNHEP sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membanteras kegiatan perniagaan yang menindas pengguna.

Katanya, KPDNHEP tidak akan berkompromi terhadap peniaga yang cuba mengambil kesempatan sehingga menindas pengguna termasuk mengaut keuntungan berlebihan dan tidak munasabah dengan menjual barangan pada harga tinggi, terutama ketika negara sedang melalui tempoh PKP bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Media sebelum ini melaporkan, Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) mendakwa menerima hampir 300 aduan berhubung kenaikan harga barangan dapur yang dijual di kedai runcit yang diusahakan warga asing.

Yang Dipertua PPIK Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani dilaporkan berkata, pihaknya menerima hampir 300 aduan berhubung kenaikan harga barangan dapur yang dijual di kedai runcit diusahakan peniaga bukan warganegara di sekitar Kota Bharu, Kelantan, yang kebanyakannya warga Pakistan dan Indonesia.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Saya Akan Akan Cabar Proklamasi Darurat Di Mahkamah – Anwar Ibrahim

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mencabar Proklamasi Darurat  yang telah diwartakan kerajaan di mahkamah. Katanya, baru-baru ini beliau telah mengumumkan tentang...

Berita Berkaitan

4 Beradik Larikan Mayat Bapa Dikhuatiri Pesakit COVID-19 Ditahan

LAHAD DATU: Empat beradik yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang dikhuatiri positif COVID-19 dari Hospital Lahad Datu ditahan polis di sebuah rumah di...

Vaksinasi COVID-19 Penting Untuk Selamatkan Nyawa

KUALA LUMPUR - Vaksin COVID-19 amat penting dalam mengurangkan kadar kematian dan morbiditi pandemik itu, terutama dalam kalangan warga emas dan kumpulan yang berisiko...

Isu Ancaman Siber Antara Tumpuan Hari Pertama ADGMIN1

KUALA LUMPUR - Isu kepentingan menangani ancaman siber dalam landskap digital antara perkara dibincangkan pada hari pertama sesi Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Yang Pertama...