Bienda puas dapat kongsi rezeki, bantu ramai orang…

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Alhamdulillah saya rasa selepas tular ini, masyaAllah tabarakallah ibaratnya macam banjir, macam hujan rahmat. Tak tahulah memang rezeki yang datang ibarat air yang tak berhenti mengalir.

“Tapi saya sangat gembira kerana rezeki bukan mengalir untuk saya saja tapi juga untuk semua peniaga-peniaga lain,” kata penyanyi dan pelakon Bienda, 36, selepas perniagaan pau diusahakan bersama suaminya tular, baru-baru ini.

Bienda atau Nor Razlinda Razali berkata, dia juga berharap semua orang membuka mata terhadap peniaga-peniaga kecil sepertinya.

“Pandanglah kami peniaga-peniaga kecil ini. Kalau dulu masa saya mula berniaga pau ini, saya suka berjalan-jalan dengan suami naik motor tengok macam mana orang berniaga tepi jalan.

“Kita tengok kalau mereka boleh buat, kenapa kita tak boleh. Saya nak galakkan semua orang terutamanya yang hilang kerja atau tak bekerja serta yang tak tau nak buat apa, mulakan berniaga.

“Sebab berniaga adalah salah satu sunnah Rasullah dan beri hasil yang baik. Kita kena sabar, kena rajin dan kena banyak doa. Itu semua bentuk pintu rezeki,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Bienda lagi, selebih itu dia menyerahkan urusannya kepada Allah serta memasang niat berniaga untuk apa.

“Saya sangat bersyukur dalam perniagaan ini dapat bantu banyak orang yang mula nak berniaga. Kemudian, kita dapat galakkan ramai orang mula berkongsi rezeki dengan infaq Jumaat atau infaq sedekah yang saya selalu buat.

“Kadang-kadang orang datang secara rawak bagi duit dan minta saya sedekah pada orang yang datang dan sebagainya. Itu benda yang saya sangat suka.

“Dulu memang tak pernah buat benda begini sebab sibuk dengan ‘show’, berlakon dan pelbagai perkara lagi,” katanya.

Bienda berkata, dengan kesempatan yang ada sekarang, dia juga dapat menggalakkan orang buat benda baik.

“Saya harap bukan ditempat saya saja tapi dimana-mana tempat kita pergi pun kalau nampak orang meniaga di tepi jalan, kita turun beli barang mereka kongsilah dengan jiran atau kawan-kawan.

“InsyaAllah percayalah akan terbuka pintu rezeki yang lain. Untuk projek infaq setiap Jumaat, saya bekerjasama dengan mama (Sheeda).

“Nawaitu kami nak bantu orang. Kat mana orang niat nak sampaikan, insyaAllah kami buat. Kami pergi sendiri hantar dan tak kenakan caj lain kecuali kos pau,” katanya yang gembira dengan apa dilakukan itu.

Bienda kini menyerahkan perancangan jangka panjang perniagaan kepada suaminya, Kamarul Zariman Abdul Rahman atau Boy.

“Selepas ini kami akan buka gerai di Setapak pula. Bukan tak boleh buka banyak tempat, tapi saya tak nak tamak selain niat hanya nak kongsi rezeki.

“Ada orang lain yang nak berniaga boleh berbuat demikian kerana pau ini juga ada di tempat lain.

“Tak dinafikan bila tular, orang dari Kedah, Seremban, Pulau Pinang malah Singapura dan Indonesia juga berminat nak beli. Tapi, kami tak dapat hantar sebab jauh sangat,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat